invisible hit counter
≡ Menu

Asid Dalam Badan Penyebab Gastrik

Penyebab GastrikSisa-sisa asid dalam badan yang tidak dapat disingkirkan melalui perkumuhan akan melalui proses alternatif untuk mengurangkan tahap keasidan darah. Salah satu proses tersebut dinamakan penyingkiran asid dalam bentuk asid gastrik. Penghasilan asid gastrik di dalam perut mampu meneutralkan keasidan darah dengan menghasilkan molekul beralkali yang meneutralkan lebihan asid dalam darah. Namun begitu, pengumpulan asid gastrik di dalam perut menyebabkan masalah gangguan penghadaman dalam perut dan bahagian perut menjadi tidak selesa dan sakit kerana asid gastrik yang terkumpul menghakiskan ruangan perut.

Perut manusia merangkumi kantung yang berotot terletak di bahagian kiri abdomen yang berhampiran dengan bahagian rusuk. Panjang perut orang dewasa boleh mencecah hampir 25 cm atau 10 inci dan mampu mengembang berikutan ruangannya yang berotot untuk menampung makanan dan minuman. Apabila perut kosong, tisu-tisu perut terkumpul rapat dan akan terbuka apabila kita makan ataupun minum. Kemudian, sisa makanan akan diproses dan disimpan di dalam usus untuk disingkirkan.

Pada masa yang sama, asid hidroklorik bersifat kakis yang boleh melarutkan besi dikenali sebagai jus gastrik ataupun asid gastrik dirembeskan bagi membantu mencernakan makanan di dalam perut. Sekiranya jus gastrik dirembeskan tetapi jika ruangan perut tidak mempunyai sebarang aktiviti, jus gastrik akan terus terkumpul di dalam ruangan perut dan menjadikan perut sangat berasid. Keradangan atau gastritis ini berlaku apabila keseimbangan enzim di dalam perut terganggu. Perkara ini berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter Pylori yang hidup di dalam perut berikutan tahap asid yang tinggi.

Kesan jangka masa panjang masalah ini boleh menyebabkan radang perut. Apabila keadaan ini berlaku, ubat tahan sakit tidak lagi berguna kepada individu. Keseimbangan jus gastrik juga boleh terjejas dengan pengambilan alkohol atau dadah yang menggangu mukus bikarbonar dan menyebabkan dinding perut menjadi terdedah kepada tindakan asid hidroklorik. Hakikatnya, banyak faktor yang boleh menyebabkan gastrik. Ianya bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada pemakanan, tetapi gangguan dalam organ-organ lain seperti hempedu, hati, pankreas ataupun usus juga boleh menjadi pencetus kepada gangguan gastrik. Gaya pemakanan menjadi penentu kepada masalah tersebut. Apabila laluan pencernaan terhalang, tekanan di pundi hempedu akan meningkat dan menyebabkan kesakitan.perut gastrik

Serangan gastrik boleh dikawal dengan pengambilan ubat anti-asid untuk mengurangkan tahap keasidan dalam perut. Namun begitu, penentu bagi keasidan yang stabil di dalam perut ialah kaedah pemakanan dan waktu pemakanan yang tetap mengikut panduan pemakanan seharian. Gastrik boleh menjadi gangguan sepanjang hayat jika individu mengambil remeh tentang penjagaan pemakanan. Adakalanya perut sangat sensitif dengan makanan yang berlemak dan berminyak. Perkara paling penting yang harus dititik beratkan ialah individu ditegah sama sekali memakan ubat ketika perut kosong. Hal ini kerana pengambilan ubat ketika perut kosong boleh memberi kesan kepada dinding usus atau perut. Individu yang mengalami masalah gastrik dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pemakanan dan mengambil ubat bila perlu sahaja.

Penderitaan pesakit terhadap gangguan gastrik boleh diatasi dengan mudah. Syaratnya pesakit perlu mendapatkan rawatan sekiranya berlaku tanda-tanda awal mendapat gastrik dan sentiasa menjaga pemakanan. Keradangan perut yang tidak dirawat boleh menyebabkan ulser diamana berlaku luka yang terbuka di bahagian perut lalu menyebabkan infeksi kuman yang membawa kepada ulser perut. Ulser yang berpanjangan yang tidak dirawat boleh menjadi kanser dan boleh membawa maut. Walaubagaimanapun, pesakit boleh meminta untuk dirujuk kepada doktor supaya pencegahan dan rawatan awal boleh dibuat sebelum berlakunya masalah gastrik yang lebih serius.

 

Produk Yang Boleh Menutralkan Asid Dalam Badan : DISINI ===>>Alkalising Green Plus Penawar Asid, Gout & Gastrik.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.