≡ Menu

Asid Dalam Badan Punca DiabetesPenyakit diabetes ataupun kencing manis merupakan penyakit yang dicirikan sebagai keadaan pengumpulan gula yang terlalu banyak di dalam darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan. Diabetes Type II seringkali dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di renal.Perembesan insulin yang kurang daripada pankreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kegagalan fungsi renal lalu berlaku sekatan di ruangan renal/buah pinggang.

Sumbatan yang berlaku di dalam salur darah menyebabkan salur darah mengalami kebocoran. Kegagalan pankreas menyalurkan insulin mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi dan menyempitkan saluran jantung. Kebocoran yang berlaku adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan dan bukannya disebabkan oleh gula yang berlebihan sama sekali. Asid urik yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak, bergoreng dan berlemak.

Kandungan gula yang berlebihan meningkatkan tahap keasidan. Pengambilan ubatan atau suplemen yang bertindak mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mencetuskan insulin daripada pankreas hanya bertindak untuk mengawal dan tidak membantu membaik pulih salur darah yang telah bocor.

Keadaan diabetes seperti ini boleh menggangu metabolisma badan dan akan membentuk pelbagai jenis penyakit degeneratif dan menyebabkan kelahiran pramatang bagi wanita yang mengandung. Usaha utama untuk menangani penyakit ini sangat tertumpu kepada penjagaan kesihatan yang holistik iaitu secara menyeluruh. Corak amalan pemakanan pesakit perlu lebih sihat mengikuti diet yang seimbang serta kurang bergula dan lebihkan zat.

Gejala awal penyakit ini tidak dapat dikesan kerana pesakit yang menghidapi penyakit diabetes tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas sehinggalah pesakit sendiri mengalami masalah degeneratif. Keadaan ini bertambah kritikal apabila badan kehilangan kemampuan degeneratif lalu menggunakan karbohidrat di dalam badan untuk dijadikan tenaga. Hasil pencernaan ini menyebabkan gula dalam darah meningkat. Gula yang berlebihan akan meningkatkan risiko sakit jantung, masalah penglihatan, kerosakan saraf serta organ-organ lain.

Terdapat beberapa simptom yang menjelaskan kehadiran gula yang berlebihan di dalam badan yang menjadikan kandungan darah sangat berasid. Pesakit yang menghidapi diabetes akan mengalami kadar penghidratan yang kuat. Pesakit akan sentiasa merasa dahaga dan badan akan menjadi lemah. Penurunan berat badan juga turut berlaku secara berperingkat.

Selain itu, pesakit juga akan merasa letih, lesu, loya, muntah, penglihatan kabur dan berdebu serta jangkitan pada pundi kencing, kulit dan genital. Pesakit diabetes mengalami masalah degeneratif yang kritikal dimana fungsi membaikpulih sel menjadi lemah. Luka atau kudis akan menjadi lambat sembuh, berlaku pembentukan yis dan jangkitan pada salur kencing dan kulit menjadi gatal pada bahagian peha.

Penyakit diabetes tidak boleh dirawat dengan sepenuhnya. Namun begitu, rawatan klinikal dapat diberikan untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi penyakit. Pesakit juga perlu mendapatkan pendidikan kesihatan berkaitan penyakit diabetes dan perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya mengekalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat.

Incoming search terms:

punca diabetes
0 comments… add one

Leave a Comment