invisible hit counter
≡ Menu

Asid Dalam Badan Punca Kencing Manis

Punca Kencing ManisPenyakit kencing manis ialah keadaan bercirikan pengumpulan gula yang terlalu banyak di dalam darah yang utamanya disebabkan faktor pemakanan. Kencing manis dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di salur buah pinggang. Perembesan insulin yang kurang dan tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kegagalan ginjal lalu berlaku sekatan di ruangan buah pinggang.

Keadaan kencing manis berupaya menggangu metabolisma badan dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit degeneratif. Usaha utama untuk menangani penyakit ini lebih tertumpu kepada penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Corak amalan pemakanan pesakit perlu lebih sihat mengikuti diet yang seimbang serta kurang bergula dan lebihkan zat.

Kegagalan pankreas menyalurkan insulin meningkatkan tekanan darah dan mengecilkan saluran darah jantung. Kebocoran salur darah yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan berkait rapat dengan gula yang berlebihan dalam salur sarah. Asid urik yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat, mengandungi gula yang berlebihan yang meningkatkan tahap keasidan.

Pengambilan ubatan atau suplemen yang bertindak mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mencetuskan insulin daripada pankreas hanya bertindak untuk mengawal namun tidak membantu membaik pulih salur darah yang telah bocor.

Gejala awal penyakit ini tidak dapat dikesan kerana pesakit yang menghidapi penyakit diabetes tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas sehinggalah pesakit sendiri mengalami masalah degeneratif, masalah kawalan kencing, sukar membuang air kecil, seringkali sakit ketika kencing dan air kencing mengandungi darah. Keadaan ini bertambah kritikal apabila badan kehilangan keupayaan metabolisma lalu menggunakan karbohidrat di dalam badan untuk dijadikan tenaga. Kurangnya pencernaan menyebabkan gula dalam darah meningkat. Gula yang berlebihan akan meningkatkan risiko sakit jantung, masalah penglihatan, kerosakan saraf serta organ-organ penting dalam badan.

Simptom-simptom yang menjelaskan kehadiran gula yang berlebihan di dalam badan membuktikan kandungan darah menjadi berasid. Penghidap kencing manis akan mengalami kadar penghidratan yang kuat. Pesakit akan sentiasa merasa dahaga dan badan akan menjadi lemah. Penurunan berat badan juga turut berlaku secara berperingkatsehingga menyebabkan berlaku keadaan susut berat badan yang dikenali sebagai anorexia. Sesakit sering merasa letih lesu, loya, muntah, penglihatan kabur dan berdebu serta jangkitan pada pundi kencing, kulit dan genital. Penghidap kencing manis bakal mengalami masalah kemerosotan fungsi membaikpulih sel. Luka atau kudis akan menjadi lambat sembuh, berlaku pembentukan yis dan jangkitan pada salur kencing dan kulit bahagian peha menjadi sensitif dan gatal.

Penghidap diabetes tidak mampu dirawat dengan sepenuhnya. Namun begitu, rawatan klinikal dapat diberikan untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi penyakit. Pesakit juga perlu mendapatkan pendidikan kesihatan berkaitan penjagaan kesihatan untuk penghidap kencing manis.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.