≡ Menu

Mudah HamilBuah Hawa atau Buah Adam atau Buah Zuriat adalah tidak asing lagi bagi jemaah haji ataupun umrah. Di negara arab, buah ini sangat terkenal dengan nama Buah Doum. Di negara Arab, merupakan herba untuk mengatasi masalah kesuburan baik lelaki mahupun wanita.

Buah zuriat ini dikatakan sangat berkhasiat dan berkesan mendatangkan kehamilan kepada kaum Hawa, mengembalikan tenaga kaum Adam dan menyembuhkan kelesuan dengan cepat. Saiz buah ini adalah sebesar buah ciku tetapi mempunyai rupa bentuk yang seakan-akan buah kurma. Namun begitu, kulitnya sangat keras dan memerlukan tenaga yang kuat untuk membukanya.

Buah Zuriat

Dimana tempatnya anda boleh dapatkan Buah Zuriat? Ianya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak kerana disini sahaja buah ini boleh didapati. Isi di dalam buah zuriat ini tidak jauh bezanya dengan isi kelapa iaitu berwarna putih. Buah ini dibelah dua untuk mengeluarkan isinya lalu direbus di dalam air untuk diminum. Ada dua pertua untuk merebus buah ini iaitu samada merebus kulitnya sahaja ataupun merebus bijinya sahaja. Merebus kulit dan bijinya sekaligus juga tidak menjadi suatu masalah. Percaya atau tidak, sebenarnya ramai yang telah mendapat zuriat dengan mengamalkan meminum air rebusan Buah Zuriat?Ternyata khasiatnya sangat bagus sekali untuk tubuh badan.Buah Doum - Buah Zuriat

Buah Zuriat berperanan melancarkan perjalanan darah dan mengawal kestabilan hormon di dalam badan. Selain menghilangkan sakit-sakit sendi dan lengu-lenguh, Buah Zuriat juga membantu menambahkan tenaga kaum Hawa dan kaum Adam. Bukan itu sahaja, mengamalkan meminum air rebusan Buah Zuriat setiap hari juga mampu melancarkan perjalanan haid bagi kaum Hawa dan membantu meningkatkan peluang untuk hamil, InsyaAllah. Sebelum diminum, ringan-ringankanlah mulut dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan ayat daripada surah Al-Imran sebanyak tiga kali :

Doa Mudah Hamil surah Al-Imran

Maksudnya : Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Dengan izin Allah, anda akan cepat mendapat zuriat dan dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Incoming search terms:

buah zuriat berkesan
1 comment… add one
  • wan nurul shazwani July 23, 2015, 2:54 pm

    Gugur dah 1 thun lebih.smpi skrng blum ada lgi.nak cba buah zuriat

Leave a Comment

Next post:

Previous post: