≡ Menu

Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga

Apabila ke sesi temuduga, memang perkara wajib untuk anda membawa beberapa dokumen yang diperlukan oleh pihak HR seperti kad pengenalan, sijil-sijil pelajaran anda dan sebagainya.
Semua dokumen ini mestilah di Photostet dan disarankan untuk mendapatkan pengesahan oleh Pensyarah/ Pengetua/ Pegawai Kerajaan Bahagian 1 atau yang sewaktu dengannya.

Semua dokumen yang telah siap hendaklah dimasukkan ke dalam “Clear Folder” supaya ia kelihatan tersusun dan kemas, ini yang kita panggil sebagai portfolio ringkas.

Ingat ‘First Impression Counts’.

 
Anda mesti memastikan dokumen penting ini dibawa semasa sesi temuduga, tiada alasan tertinggal di kampung atau dimakan haiwan peliharaan anda.
Jika anda kemukakan jawapan begini, bolehlah memohon semula pada tahun hadapan.
Sila asingkan folder dokumen asal dan juga dokumen yang sudah difotostet.
Ini merupakan dokumen-dokumen yang penting untuk anda bawa ketika sesi temuduga.
Jadikan ini sebagai checklist anda sebelum ke sesi temuduga :
  • Kad Pengenalan
  • Gambar terkini ukuran passport 4 keping (Gambar Profesional)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil SPM Asal
  • Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Asal
  • Transkrip Diploma/Ijazah Sarjana Asal
  • Sijil anugerah yang anda sudah capai (Best student/Dekan/Etc)
  • Sijil kokurikulum anda, dari tingkatan 4 dan ke atas (Diploma/Ijazah/Master/etc)
  • Resume & Cover Letter
* Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah hingga tingakatan 3 tidak perlu dibawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja.
Jangan mengambil mudah mengenai dokumen-dokumen ini, kerana ia merupakan maklumat penting yang diperlukan oleh pihak HR. Jika sampai-sampai sahaja ketika sesi temuduga. Mereka meminta anda dokumen dan anda tidak dapat memberikannya.
Disitulah bermula “judgement” mereka terhadap calon sama ada layak atau tidak dalam mengisi jawatan kekosongan yang diberikan

0 comments… add one

Leave a Comment