≡ Menu

Masalah Bayi Susah Berak dan Kembung Perut

Bagi ibu bapa yang beru mendapatkan cahaya mata, pelbagai rawatan dan penjagaan perlu dititikberatkan. Terutamanya apabila bayi kerap menyusu tetapi kurang buang air besar. Perihal ini boleh menyebabkan babi kembung perut menyebabkannya tidak selesa & menimbulkan pelbagai komplikasi lain.

Pembuangan air besar merupakan satu proses yang penting bagi memastikan peredaran sistem perkumuhan berjalan dengan lancar. Ianya bagi memastikan tubuh mendapatkan nutrisi yang penting & membuang segala sisa toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Ianya sangat penting untuk memastikan bayi anda tidak mengalami masalah kembung perut & sembelit kerana ianya bukan sahaja akan menggangu hari-hari si kecil ianya juga bakal menggangu sistem perkumuhan bayi.

Bagi bayi yang baharu lahir, indikasi pembuangan air besar merangkumi segala aspek termasuklah warna najis & kekerapan membuang air besar. Oleh itu, gangguan masalah pembuangan air besar pada bayi perlu dielakkan. Ini termasuklah sembelit & najis berdarah. Adalah sangat jarang sekali untuk mendapati bayi yang berusia di bawaha 6 bulan untuk membuang air besar yang keras. Ini kerana bayi yang masih dalam tempoh menyusu hanya akan mengeluarkan najis yang cair dan pekat. Sekiranya permasalahan ini berlaku, segeralah rujuk kepada pakar perubatan anda untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya bagi bayi anda.

Usus besar berfungsi untuk menyerap air daripada najis. Jika bayi anda kerap menyusu, maka akan lebih banyak air diserap oleh usus besar. Gelaja sembelit yang merbahaya bagi bayi termaduklah najis berdarah sukar membuang air besar dan kerap menangis. Bagi kes-kes yang serius, adalah sangat digalakkan untuk dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sebetulnya. Sekiranya tidak dirawat, bayi yang mengalami masalah najis berdarah bakal berisiko untuk mendapat jangkitan di ruang usus besar & di punggung. Ianya berpunca daripada najis yang keras & mengakibatkan luka berdarah di dubur bayi.

Kebiasaannya bayiyang menyusu susu ibu akan membuang air besar sebanyak 4 hingga 5 kali sehari. Berbeza pula kekerapan bayi yang mengamalkan susu formula iaitu sebanyak 1 hingga 2 kali sahaja sehari. Adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga bayi mencapai usia 2 tahun.

Sekiranya bayi hanya membuang air besar 1 kali seminggu, ini menunjukkan permasalahan usus yang kronik. Najis yang tidak dikumuhkan oleh badan akan membahayakan usus besar bayi. Bagi kes yang sangat serius, pembedahan untuk menggantikan usus yang bermasalah akan dibuat untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih serius. Namun ianya boleh dielakkan dengan mengamalkan diet yang sepatutnya untuk bayi terutama bab penyusuan susu ibu.

Secara dasarnya, penyusuan ibu memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk perkembangan bayi yang cerdas, ianya juga berfungsi sebagai salah satu cara agar bayi tidak mengalami kembung perut & mengakibatkan sistem perkumuhan bayi bermasalah. Bermulalah untuk merawat dari rumah, elakkan sebelum mengalami masalah yang serius. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.

0 comments… add one

Leave a Comment