≡ Menu

Masalah Rambut Gugur

Masalah Rambut GugurBagi sesetengah individu, masalah rambut gugur adalah perkara biasa. Namun begitu tidak semua. Jika anda seringkali melihat rambut gugur apabila bangun daripada tidur atau ketika mandi ataupun ketika menyikat rambut, sudah tiba masanya untuk anda mengambil berat tentang penjagaan harian rambut. Semoga dengan perkongsian ini, masalah rambut gugur anda dapat diatasi dalam masa terdekat.

Punca utamanya adalah disebabkan oleh hormon. Bagi wanita, rambut mereka lebih banyak gugur ketika sedang mengalami haid, perkara ini menyebabkan rembesan hormon androgen yang aktif disebabkan oleh tekanan dan menjadi punca utama keguguran rambut.

Selain itu, penggunaan produk perawatan rambut yang salah dan tanpa kawalan juga boleh menyebabkan rambut kerap gugur seperti penggunaan syampu yang salah, mengamalkan produk perawatan yang tidak sesuai dengan kulit kepala dan juga kerap mencuci rambut.

Sekiranya ini berlanjutan, apa yang perlu anda lakukan? Untuk mencegahnya, sebaik-baiknya bertemu dengan pakar perawatan rambut untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan rambut yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut anda.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat seperti memakan makanan yang tinggi dengan protein, vitamin dan zat besi contohnya buah-buahan segar, sayuran hijau, makanan laut dan seumpamanya. Makanan ini bukan sahaja memberi kesihatan yang baik kepada fizikal badan, malah ia turut membantu menstabilkan rembesan hormon dan peredaran darah dalam badan, secara tidak langsung membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bermaya.

Seandainya pemakanan yang sihat tidak mencukupi, kemungkinan besar metabolisma badan anda sangat kurang, sangat digalakkan untuk mengambil suplemen secara konsisten setiap hari untuk membantu menstabilkan dan melancarkan peredaran darah dalam badan. Contohnya mengamalkan pengambilan vitamin. Namun begitu, untuk mengamalkan suplemen sedikit komitmen diperlukan kerana ia mungkin sahaja melibatkan kos yang tinggi.

Tidak perlu menunggu bertahun untuk mengenalpasti masalah keguguran rambut yang anda hadapi, ambil tindakan segera hari ini walaupun masalah keguguran masih belum ketara. Seeloknya mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Peliharalah rambut anda dengan baik kerana rambut merupakan mahkota kecantikan yang sangat bernilai baik lelaki mahupun perempuan.

Anda juga boleh menggunakan Serum CoolHijab untuk menyelesaikan masalah rambut ada yang gugur

INFO COOLHIJAB

1. Menghilangkan bau hapak & kurang enak pada rambut.
2. Menyejukkan kepala & rambut.
3. Melembutkan rambut.
4. Mengurangkan kelemumur.
5. Mengelakkan kegatalan kepala.
6. Memperbaiki rambut rosak.
7. Pertumbuhan rambut baru.
8. Merawat kepala berminyak.
9. Melegakan sakit kepala.
10. Memberi kesegaran minda.
11. Rambut wangi 24 jam.
12. Bertindak balas ketika kepala berpeluh.
13. Tidak melekit & berminyak.
14. KKM: NOT150504027K

Ramai yang dapat menghilangkan dan mengurangkan masalah RAMBUT BERBAU dan KEGUGURAN RAMBUT. Lebih 50,000 telah menggunakan CoolHijab sejak dari 2014.

sms/whatsapp kami ” CoolHijab ” 014-5444383

sms/whatsapp kami ” CoolHijab ” 014-5444383

sms/whatsapp kami ” CoolHijab ” 014-5444383

0 comments… add one

Leave a Comment