≡ Menu

Perkara yang Menyukarkan KehamilanPercaya atau tidak, banyak faktor yang boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Setiap rahmat yang diterima dan dimajukan, pasti ada ‘pemberian’ yang harus kita korbankan. Sejajar dengan dunia yang semakin maju dan moden, impaknya tinggi ke atas alam semula jadi dan kehidupan.

Alam Sekitar Yang Tercemar

Contohnya, pembinaan kilang yang banyak mencemari udara dan alam sekitar semata-mata untuk memenuhi kehendak pengguna. Selain itu, penambahan bahan pengawet, pemanis tiruan, serta bahan-bahan kimia dalam pemakanan dan kosmetik merosakkan biologi badan serta kesuburan rahim. Bukan sahaja pemakanan yang diproses, bahkan makanan-makanan semula jadi atau organik juga kian tercemar. Merkuri yang tinggi dikesan dalam ikan-ikan laut, kandungan arsenik dalam beras perang yang dikatakan sihat, malahan penyerapan kandungan racun serangga perosak dalam sayur-sayuran. Kesemua itu memberi kesan pada tubuh, menjadikan ia semakin tidak teratur, tidak sihat, justeru lebih sukar untuk mengandung.

Tekanan Akibat Gaya Hidup

Kemudian, dengan meningkatnya kemajuan negara, meningkat juga kos kehidupan. Ini boleh menyebabkan tekanan bagi setiap pasangan untuk memenuhi keperluan hidup dengan bekerja lebih keras. Tubuh yang lesu dan letih akan menghadapai kesukaran untuk hamil. Tambahan pula, ia juga akan memberi tekanan mental, lalu mereka yang pada asalnya inginkan zuriat secara tidak sedar akan mula ragu-ragu kerana risaukan pembiayaan anak-anak di masa akan datang serta hilang minat untuk bermesra bersama pasangan.

Hal ini menjadi lebih parah akibat tekanan masyarakat yang masih memikirkan seandainya masih tidak mempunyai zuriat, maka ia adalah masalah pasangan wanita dan kemungkinan wanita itu mandul. Ini memberi tekanan mental dan emosi bagi wanita tersebut kerana memberi persepsi bahawa dia telah gagal sebagai seorang isteri dan wanita. Biarpun kajian telah menunjukkan bahawa kesihatan pasangan lelaki juga antara faktor dan lelaki juga ada yang mandul, persepsi awal masyarakat sentiasa memihak ke arah penyataan bahawa ia adalah salah pasangan wanita.

Pola Pemakanan

Kemudian, pola pemakanan yang tidak betul. Lambakan makanan segera memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan, terutama sekali rahim. Kandungan kimia pengawet dan perisa yang disuntik dalam daging-daging proses di restoran-restoran makanan segera.. You are what you eat, pepatah Inggeris mengatakan. Malah dalam Islam juga, kita diseru untuk bukan sahaja memakan makanan yang halal tetapi juga thoyyib, iaitu baik. Namun begitu, kenaikan harga untuk barangan makanan telah meningkat, menyebabkan sukar untuk kita memilih memakan bahan-bahan yang berkhasiat. Disamping itu, ada juga pengeluar-pengeluar yang tidak amanah serta merahsiakan kandungan-kandungan berbahaya dalam makanan serta bahan-bahan yang dijual.

Kerjasama Pasangan Lelaki

Akhir sekali, pemahaman dan sokongan daripada pasangan lelaki. Tanggungjawab untuk hamil ini seringkali berat digalaskan kepada pasangan wanita sementara bagi pihak lelaki hanya sekadar untuk persenyawaan. Ini adalah pemikiran yang salah sama sekali. Pasangan lelaki juga harus dititkberatkan, terutama sekali genetik dalam benihnya banyak bergantung kepadanya. Pasangan lelaki yang gemarkan tabiat-tabiat buruk akan menyebabkan kesukaran untuk pasangan wanitanya hamil. Antara tabit-tabiat tersebut adalah gemar merokok atau memakai pakaian dalam yang ketat. Selain itu, ada kemungkinan juga sewaktu persetubuhan, posisi-posisi yang digemarinya tidak optimum untuk persenyawaan serta tidak selesa dan menyakitkan pasangannya.

Oleh yang demikian, apabila ingin mula mendapatkan anak, pertama kali harus difahami akan punca-punca yang menyebabkan pasangan wanita mengalami kesukaran untuk hamil. Ini memudahkan lagi untuk mengoptimumkan peluang untuk hamil dengan mengetahui cara-cara apa yang perlu dipertingkatkan lagi.

Incoming search terms:

perkara-perkara tentang kehamilan
0 comments… add one

Leave a Comment