≡ Menu

Punca Pasangan Boleh Berlaku Curang

Berhadapan dengan pasangan yang curang, sememangnya merupakan satu mimpi ngeri bagi sesiapa yang merasainya. Hati mana yang tidak remuk apabila sepenuh kepercayaan kasih sayang diberikan, dihancurkan begitu sahaja. Pasangan suami isteri seharusnya perlu memainkan peranan bagi memastikan pasangan tidak berlaku curang. Jangan anggap dan yakin bahawa pasangan kita tidak curang. Ini kerana manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

#1 Tidak Ada Persefahaman

Ini tidak boleh, itu tidak boleh. Rungutan sedemikian boleh menjadikan hubungan suami isteri menjadi retak. Sebagai contoh, suami suka menonton bola sepak. Isteri pula hanya suka menonton drama-drama Melayu. Jadi boleh jadi masing-masing cuba untuk mempertahankan hak. Samalah juga seperti kes balik kampung berhari raya.

Jika tiada persefahaman, pasangan akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain. Cuba kurangkan keegoaan sama ada lelaki mahupun perempuan.

#2 Masalah Hubungan Kelamin

Kes ini biasa kita dengar. Masalah hubungan kelamin dianggap sebagai punca utama mengapa pasangan curang. Masing-masing mengeluh bahawa pasangannya tidak mampu memuaskan nafsunya. Pihak sebelah sana pula bosan kerana pasangan terlalu cepat mengalami ejakulasi. Hal ini perlu merujuk kepada doktor pakar bagi mendapatkan kesahihan masalah kelamin.

Jika ia tidak dibendung lebih awal, pasangan tidak teragak-agak akan melakukan maksiat dan secara menerus bergelumang dengan dosa.

#3 Kurang Masa Dengan Keluarga

Tidak salah untuk bekerja mencari pendapatan lebih, tetapi kita perlu bijak membahagikan masa di antara bekerja dan keluarga. Hari ini secara puratanya, pasangan akan keluar bekerja seawal 8 pagi dan pulang seawal 6 petang. Namun jika hidup di ibu kota ditambah dengan kesesakan jalanraya, boleh jadi pasangan akan pulang pada waktu malam. Jadi di sini jelas, kurangnya komunikasi di antara pasangan.

Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya. Jadi tidak hairanlah, jika ada isteri yang sanggup mencari ‘peneman’ di laman-laman sosial di kala kesunyian.

#4 Masalah Kewangan  

Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Suami akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku. Terpaksa memikirkan tentang bil-bil yang tertunggak seperti air, elektrik, sewa rumah dan sebagainya. Ini jika tidak dibendung lebih awal, ia akan menyebabkan mudahnya berlaku perselisihan faham di antara satu sama lain.

#5 Perkahwinan Jarak Jauh

Istilah PJJ bukan satu istilah yang baru. Ia terjadi apabila suami mahupun isteri terpaksa tinggal berjauhan kerana faktor tempat kerja yang tidak sama. Ada juga yang dahulunya tinggal sebumbung, tiba-tiba menerima surat daripada majikan untuk proses ‘posting’ ke tempat lain. Ini sungguh mendukacitakan bagi pasangan yang lebih-lebih lagi baru berkahwin.

Maka, jika duduk berjauhan ini sifat saling mempercayai di antara satu sama lain perlu ada. Pasangan perlu jujur. Namun, dek kerana berjauhan, kesunyian, maka si suami atau isteri akan mula ‘mengada-mengada’ mencari kenalan sama ada di tempat kerja, laman sosial dan sebagainya. Mula-mula sekadar minum-minum sahaja, tetapi ia boleh berakhir dengan keadaan yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan.

Incoming search terms:

tanda suami curang,kenapa suami curang,kenapa lelaki curang,punca isteri curang,punca suami curang,kenapa perempuan curang,sebab suami curang,tanda lelaki curang,punca wanita curang,punca curang,lelaki curang,kenapa isteri curang,sebab lelaki curang,isteri curang,tanda tanda suami curang,Sebab wanita curang,punca lelaki curang,curang dengan pasangan
1 comment… add one
  • Samira April 30, 2014, 11:50 pm

    Excellent article. I’m facing a few of these issues as
    well..

Leave a Comment