≡ Menu

Royal Jelly Untuk Muka Awet Muda ?

Royal Jelly Untuk Kulit

Apakah Royal Jelly? Royal Jelly merupakan cairan kental berwarna putih yang dihasilkan oleh lebah sebagai makanan larva lebah dan makanan utama Ratu Lebah sepanjang hidupnya. Ianya diperkaya dengan asid amino, hormone-hormon, vitamin B, niacin, biotin, asam, panthotenat, asam folat, vitamin C, mineral dan secara kasarnya mengandungi 21% protein, 14% karbohidrat dan 5% lipid.

Bagaimanakah ianya dihasilkan? Sudah tentulah ianya dihasilkan oleh lebah-lebah muda yang memakan bee pollen dan madu, dikeluarkan melalui kelenjar-kelenjar hypopharyngeal berupa cairan putih kental di kedua-dua sisi kepala dan leher ratu lebah. Ratu lebah meminum royal jelly dari kelenjar madu lebah itu sendiri.

Royal Jelly mengandungi pelbagai khasiat. Antaranya ialah anti-aging iaitu melambatkan proses penuaan dan sindrom menopause, impotent dan tidak subur. Selain itu, ia juga mampu merawat tulang patah dan tulang rapuh serta berperanan membaikpulih penyakit arteriosclerosis. Tambahan pula, Royal Jelly berkesan menangani masalah anemia, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dalam darah, penyakit asma, malnutrisi dan juga impetigo.

Dalam segala kehebatan khasiatnnya, belum sepenuhnya ilmu pengetahuan manusia dikerahkan untuk mengkajinya. Selain zat-zat yang dikatakan mampu membentuk kestabilan enzim di dalam badan, ia juga penting untuk imunisasi dan sebagai ubat untuk meningkatkan imunisasi tubuh yang terbukti secara saintifik di Sarajevo ketika berlaku epidemic. Pesakit dipercayai diberi sedikit Royal Jelly dan ternyata hanya 9% pesakit yang tidak diberi Royal Jelly mengalami wabak epidemic tersebut.

Royal Jelly sangat mudah rosak jika dibiarkan terdedah di dalam udara terlalu lama. Oleh itu, ianya perlu diletakkan di dalam peti sejuk yang mengandungi suhu yang rendah. Cara lain untuk mengawetnya ialah dengan merumuskannya bersama madu lebah yang asli. Namun begitu, khasiatnya tidak akan hilang malah semakin bertambah.

Percaya atau tidak, bahawa Royal Jelly mampu melawan proses penuaan? Sememangnya tepat! Royal Jelly telah terbukti mengandungi kolagen yang berperanan melambakan proses penuaan dan mengekalkan awet muda. Penggunaan Royal Jelly secara teratur dan berterusan boleh membuatkan tubuh mendapat kolagen yang cukup. Perkara ini bukanlah mitos, ianya fakta yang telah dibuktikan. Ratu lebah yang meminum Royal Jelly mampu hidup lebih daripada 30 tahun. Sekiranya lebah-lebah biasa juga turut mengamalkan Royal Jelly, sudah tentu semua lebah akan hidup lebih lama begitulah juga dengan manusia yang mengamalkannya.

Secara keseluruhannya, Royal Jelly amat luarbiasa dalam handungannya. Royal Jelly sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Dengan kemampuannya merangsang sekresi hormon dan kelenjar endokrin, tubuh badan juga akan berkesan memperbaiki keadaan tubuh badan yang lemah dan mengekalkan kecergasannya untuk jangkamasa yang lama. Sehingga kini, ianya diakui satu penemuan yang hebat.

Incoming search terms:

kebaikan royal jelly
1 comment… add one

Leave a Comment

Next post:

Previous post: