≡ Menu

Kayu Sugi – MiswakMiswak, iaitu ranting kayu yang digunakan untuk menggosok dan mencuci gigi telah digunakan sejak dulu lagi lamanya, sebelum zaman Nabi kita Muhammad s.a.w. Dalam hadis-hadis yang dirawayatkan menunjukkan bahawa miswak/sugi adalah merupakan sunnah atau amalan daripada semua Nabi-nabi Allah Alaihumussalam

Abu Aiyub radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w telah bersabda

“Empat perkara  diantara sunnah-sunnah (amalan-amalan) para Ambia ialah khitan(bersunat), memakai atar (wangi-wangian), miswak dan bernikah.’’(Ahmad dan Tirmiz)

Beberapa hadis Rasullulah Sallallahu Alaihiwasalam yang lain juga telah menyebutkan bahawa miswak telah diamalkan oleh para Nabi Alaihumussalam.

Dikatakan bahawa miswak juga telah diamalkan oleh manusia yang pertama sekali muncul di planet dunia ini iaitu Nabi Adam (a.s). Banyak diantara faedah dan manafaat penggunaan miswak dan yang terbesar sekali  ialah berkat perkaitannya dengan amalan para Nabi Allah melalui amalan suci ini. Sebaliknya, mereka yang mengabaikan penggunaan miswak sebenarnya menarik bala keatas diri mereka kerana telah menafikan daripada pahala yang sangat besar yang akan diperolehi daripada amalan ini.

Dari Aisyah (r.a) katanya Rasullah (s.a.w) Bersabada :

“Ada Sepuluh Amalan Fitrah’’:

1. Memotong kumis(misai) 2. Merawat Janggut 3. Menggosok Gigi 4. Istinsyaq dengan Air(memasukkan air dalam hidung) 5.  Memotong Kuku 6. Membersihkan Kuku-kuku jari  7. Mencabut Bulu Ketiak 8. Mencukur Bulu Ari-ari(bulu kemaluan) 9. Istinjak kata Zakariya,“Mush’ab mengatakan bahawa dia lupa yang kesepuluh. Tetapi agaknya berkumur-kumur. “kata Waki’, “Intiqashul ma’, ertinya : Istinjak(cebok dengan batu)’’.(Muslim)

Allamah Ibn rahmatullah alaihi berkata:

“Sangatlah memeranjatkan daku mengapa manusia maninggalkan sunnah besar ini, sedangkan kepentingannya telah dijelaskan oleh banyak hadis Nabi (s.a.w). Ingatlah adalah terlalu bebar sekali kerugiannya apabila mengabaikan penggunaan miswak @ bersugi.’’

Thaus dan Ibn Abbas radhiallahu anhuma menafsirkan ayat ,

“perhatikan ketika Allah menguji Ibrahim dengan beberapa perintah maka dilaksanakan semuanya , maka Allah berfirman: sungguh kami menjadikan engkau sebagai imam(contoh teladan) “.

Bahawa Baginda diuji dengan menjaga kebersihan lima bahagian badan. Adapun yang di kepala ialah memotong kumis, berkumur, menghirup air ke hidung,siwak dan menyisir rambut kepala. Dan yang dibadan ialah memotong kuku,khitan,mencabut bulu ketiak , mencukur bulu kemaluan dan beristinjak dengan air.

2 comments… add one
  • Edelfitri November 22, 2013, 8:56 am

    Semoga menjadi amalan harian kita semua. Insha Allah

  • Denaihati November 28, 2013, 10:08 am

    Amalan sunnah yang mudah dilaksanakan dan ada faedah kesihatan.

Leave a Comment