invisible hit counter
≡ Menu

Tanda-tanda Badan Berasid Dan Kesannya

Tanda-tanda Badan Berasid Dan Kesannya

Sekiranya anda sentiasa kepenatan, mudah pening kepala, memiliki kuku dan rambut yang rapuh, malah sering mengalami depresi dan keresahan, ini bermakna tubuh anda mengandungi lebihan asid. Lazimnya kadar pH tubuh adalah antara 7.3-7.45 ( beralkali). Paras yang lebih rendah bermaksud terdapat sisa asid dalam tubuh. Lebihan asid ini boleh menyumbang kepada ketidaksihatan badan.

Dalam jangka masa panjang, kesan-kesan yang berlaku dalam tubuh yang berasid adalah:

1. Vitamin dan mineral tidak diserap dengan baik.
2. Tulang menjadi rapuh.
3. Organ-organ dan tisu badan mengalami kesukaran menerima bekalan darah yang mencukupi.
4. Buah pinggang dibebankan dan menghadapi tekanan dalam cubaan mengkumuhkan lebihan asid lalu mulai rosak.
5. Tisu rawan menjadi lemah. Kulit wajah dan rambut kehilangan tona dan kusam.
6. Kadar oksigen dalam tubuh berkurangan.

Terdapat dua faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang dalam penghasilan lebihan asid. Pertama ialah daripada segi pemakanan. Diet yang mengambil banyak gula, karbohidrat (melainkan karbohidrat kompleks), bahan proses, serta berminyak boleh mengakibatkan pengumpulan asid berlebihan. Disamping itu, tabiat merokok, kurang tidur, serta sering berada dalam tekanan juga banyak menyumbang dalam penghasilan.

Perkara ini dapat dielakkan dengan melakukan beberapa perubahan dalam tabiat dan pemakanan. Gunakan minyak zaitun (‘cold-pressed’) untuk masakan sebagai ganti mentega atau minyak sayuran. Lebihkan makanan berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan dan minuman  bergula, makanan sejuk beku serta pastri, kek, dan biskut dan banyakkan meminum air kosong.Kurangkan tabiat merokok dan meminum alkohol. Akhir sekali, sentiasa cuba menceriakan diri dan berfikir positif.

2 comments… add one
  • Oja Samid September 12, 2014, 7:47 am

    Good info..rasanya ramai yang tak aware dengan badan berasid nie.

  • KITT October 11, 2016, 11:03 am

    saya selalu mengantuk pukul 4.30petang keatas. adakah ini tanda badan berasid?

Cancel reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.