≡ Menu

Tanggungjawab Sebagai Suami

Tanggungjawab SuamiApabila seorang lelaki itu melafazkan akad nikah, maka segala tanggungjawab bapa wanita itu akan beralih pada bahu suaminya. Tentang dosa pahala, suaminya yang harus bertanggungjawab. Jadi, secara tidak langsung suami akan menjadi ketua keluarga. Soal bagaimana harus memimpin dengan baik? Itu yang perlu difikirkan.

Suami perlu sentiasa bermuhasabah tentang tanggungjawabnya kepada isteri. Jangan anggap hanya berstatus ‘ustaz’ ia sudah dikira melengkapi dari segi agama. Tetapi dalam soal mendidik isteri? Ia tidak berjaya malah dibiarkan isterinya melakukan dosa secara terang-terangan. Oleh kerana itulah seorang lelaki yang bergelar suami perlu tahu akan tanggungjawabnya sebelum mendirikan masjid lagi.

#1  Mendidik Isteri Dengan Didikan Agama

Suami perlu memainkan peranan mendidik isteri dengan didikan agama. Lihat caranya bersolat, membaca al-Quran dan lain-lain lagi. Tegurlah jika ia salah, betulkan jika ia silap. Didiklah dirinya dengan penuh hikmah.

#2 Menunaikan Tuntutan Nafkah

Nafkah itu wajib. Berikanlah nafkah kepada isteri sama ada dalam bentuk wang, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Jangan berkira kitu kerana itu satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Berilah ikut kemampuan suami dan berpada-pada mengikut keperluan semasa.

#3 Menggauli Isteri Dengan Beradab

Ini adalah hal peribadi. Namun dalam aspek bersama dengan isteri, suami perlu tahu tentang adab bagaimana cara menggauli isteri. Tidak boleh sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh Nabi Muhamamd SAW. Elakkan dari terlalu berkasar dengan isteri. Apa yang paling penting, kedua-duanya harus tahu tentang perkara yang diharuskan dan sebaliknya.

#4  Memberi Layanan Yang Baik

Biarpun suami menjadi ketua keluarga, ia sesekali tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Jangan layan isteri seperti hamba abdi. Tetapi berilah layanan seperti dirinya seorang permaisuri raja. Layanan yang baik akan mempamerkan keperibadian yang baik sebagai seorang suami. Tambahan pula, jangan mudah meninggikan suara, kerana orang perempuan cukup takut apabila lelaki meninggikan suaranya secara tiba-tiba tatkala sedang marah.

#5 Bersikap Adil Terhadap Isteri

Adil macam mana yang dimaksudkan di sini? Jika seorang suami itu mempunyai isteri lebih daripada satu, maka dirinya perlu bersikap adil dalam semua hal. Berlaku adil akan mencerminkan keperibadian yang baik. Tidak kiralah sama ada wanita itu bergelar isteri tua ataupun muda, tanggungjawab perlulah diberi sama rata tanpa berbelah bagi. Jika yang tua menerima hadiah, yang muda juga turut menerima benda yang sama.

Incoming search terms:

tanggungjawab seorang suami,peranan seorang suami,tanggung jawab seorang suami
0 comments… add one

Leave a Comment

Next post:

Previous post: