invisible hit counter
≡ Menu

Tips Menyesuaikan Diri Dengan Keluarga Baru

Tips Keluarga BaruSeusai kita melambai tangan kepada keluarga, sudah pasti hati akan menjadi hiba. Itu yang dihadapi oleh pasangan pengantin apabila keluarganya bergerak pulang tatkala majlis perkahwinan berakhir. Sudah pasti perasaan takut itu timbul kerana mahu berhadapan dengan keluarga baru. Hati mula tidak keruan memikirkan tentang perkara ini. Ini adalah satu proses biasa yang semua pengantin akan rasau. Jangan risau, kami kongsikan dengan anda tentang tips menyesuaikan diri dengan keluarga baru.

#1 Menerima mereka dengan hati terbuka

Jangan mengambil hati jika ada di antara mereka seperti dilihat sombong untuk bertegur. Mungkin ini adalah langkah pertama untuk kita mengambil hati mereka. Jangan menganggap, wajah yang sombong itu sombong, di sebalik hatinya ternyata seorang yang baik hati.

Belajar bergaul dengan sanak saudara pasangan, bertemu dengan mereka dan cuba menghafal nama-nama mereka sebagai tanda kita benar-benar serius untuk mengenali. Adalah lebih baik lagi, jika saling bertukar-tukar nombor telefon, jika ada Facebook, itu satu kelebihan.

#2 Ringankan tulang untuk membantu

Kita perlu ingat, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan, tetapi berkahwin dengan keluarga pasangan juga. Jika berada di rumah pasangan, ringankan tulang untuk membantu mengemas rumah sama ada menyapu halaman, mencuci lantai dan sebagainya. Jika perempuan, adalah lebih baik membantu di bahagian dapur. Lelaki pula, membantu di bahagian luar. Jangan lupa gosok periuk ya!

#3 Menjadi imam dalam keluarga

Sesekali ajaklah mereka bersolat secara berjemaah. Kita pula sebagai lelaki, tawarkan diri untuk menjadi imam. Ini secara tidak langsung mencerminkan keperibadian akhlak yang baik. Berjemaah bersama secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Selesai sahaja solat, mungkin boleh diadakan sesi perkongsian ilmu dalam bentuk perbincangan ilmiah bersama keluarga.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana jika lelaki mendapat keluarga pasangan yang tidak Islamik. Itulah tanggungjawab kita untuk menyatukan mereka.

#4 Pulang ke kampung

Mungkin faktor kesibukan bekerja sudah tentu akan membataskan diri kita untuk berkunjung dengan keluarga mentua. Apatah lagi selepas berkahwin kita mempunyai dua buah keluarga yang besar. Tetapi jangan sesekali untuk tidak pulang ke kampung untuk menziarahi mereka.

Jika kita terlalu lama tidak pulang, ini sedikit sebanyak akan merenggangkan hubungan silaturrahim. Bagi merapatkan lagi hubungan tersebut, kerapkanlah diri untuk sentiasa bertanyakan khabar tentang keluarga mentua. Sekurang-kurangnya kita mengambil berat tentang keadaan mereka biarpun berjauhan.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.