invisible hit counter
≡ Menu

Perbezaan Antara Mas Kahwin Dan Hantaran

mas kawin dan hantaranPada zaman sekarang, ramai yang memandang tinggi terhadap hantaran berbanding mas kahwin. Apa tidaknya, ada yang seolah-olah menganggap hantaran itu wajib dan sekiranya ia tiada maka proses pernikahan tidak boleh dijalankan. Kekeliruan ini memang timbul. Mengikut hukum Islam, seorang lelaki yang mahu menikahi seorang perempuan wajib memberikan mas kahwin mengikut kadar kemampuannya dalam akad nikah. Manakala hantaran pula adalah berbentuk hadiah yang diharuskan dan kadarnya ditentukan oleh pihak perempuan.

Apa itu mas kahwin? 

Mahar atau lebih dikenali sebagai mas kahwin merupakan pemberian wajib kepada isterinya. Sekiranya suami masih lagi berhutang mas kahwin, maka si isteri berhak menolaknya untuk bersama. Sekiranya mas kahwin diberikan kepada isteri, maka wang tersebut adalah hak sepenuhnya kepada wanita tersebut.

Apa itu hantaran?

Hantaran merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan. Pada zaman ini, kadarnya berbeza-beza sehingga ada yang meletakkan nilai mengikut kelulusan wanita tersebut. Jangan terkejut pada zaman sekarang nilai hantaran RM10 ribu pun dianggap rendah. Sekiranya hantaran tersebut diberikan kepada wanita itu, maka wang tersebut dianggap milik keluarganya. Keluarganya boleh mengambil wang tersebut untuk digunakan untuk menanggung kos majlis kenduri kahwin dan sebagainya.

Nilai ukur wang hantaran

Bagi pihak perempuan, janganlah terlalu meletakkan harga yang tinggi kepada bakal pasangan lelaki. Hantaran yang terlalu tinggi akan menyebabkan pihak lelaki akan berasa tertekan kerana asyik memikirkan tentang wang hantaran sahaja. Fikirkanlah, perkahwinan bukan sehari dua. Bayangkan jika pihak lelaki sanggup berhutang pinjaman untuk membayar wang hantaran, mungkin selepas lima tahun pinjaman masih lagi belum selesai. Terbeban bukan?

Jadikan wang hantaran sebagai aset

Bagaimana ya mahu menjadi wang hantaran itu sebagai satu bentuk aset? Memang agak rugi sekiranya wang hantaran yang diberikan sekitar RM10 ribu ke atas, dibelanjakan dalam sekelip mata sahaja. Adalah lebih baik sekiranya wang hantaran tersebut diberikan kepada pihak perempuan dan ia dijadikan sebagai wang muka pendahuluan dalam pembelian rumah. Ini adalah salah satu bentuk pelaburan yang tidak merugikan.

Mengapa perlu beli rumah?

Seperti yang kita tahu, harga rumah saban tahun kian meningkat terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Harga rumah teres kini semuanya atas ratusan ribu. Jadi adalah lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk membeli rumah. Mungkin pada awalnya ia nampak merugikan, tetapi langkah itulah dapat menjamin sedikit masa depan pasangan. Ini kerana setidak-tidaknya, pasangan yang baru berkahwin sudah mempunyai satu aset yang sangat bernilai daripada menyewa aset.

Rahsia Menambat Nafsu Suami

5 comments… add one
  • Zie December 14, 2015, 7:15 pm

    Perlukah adanya kenduri kahwin. Tak boleh ke wang hantaran tersebut ahli keluarga simpan atau belanja lain, cukup sekadar akad nikah sahaja yang wajib.

  • hanis May 28, 2016, 12:38 pm

    kami bertekad nak khawin kerana hubungan nie dah setahun lebih dan taknak oranglain sangka buruk kerana kami selalu bersama. tapi boleh ke kami berkhawin dan masa yang sama kami kumpul duit utk beli rumah? apa pendapat admin?

    • Kedai Online May 28, 2016, 4:14 pm

      Assalamualaikum..alhamdulillah.terlebih dulu syukur kerana cik bakal mendirikan rumahtangga.sesungguhnya perkahwinan itu adalah salah satu pintu kemurahan rezeki dan juga perkahwinan itu juga amat digalakkan dalam Islam. In sya Allah admin doakan moga niat baik cik untuk mendirikan rumahtangga dimudahkan Allah.amin. Berkenaan untuk simpanan membeli rumah cik boleh teruskan walaupun cik berkahwin.sekiranya cik mampu selesaikan kedua-duanya serentak itu lebih baik.jika diberi pilihan admin berpendapat berkahwin diutamakan. In sya Allah setelah berkahwin setiap satu akan disediakan Allah buat cik. In sya Allah.amin.

  • norfaraain bt ramli September 20, 2016, 3:01 am

    Hidup tu pilihan

  • Mai June 16, 2018, 5:07 pm

    Apa pendapat admin tentang nikah gantung?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.