invisible hit counter
≡ Menu

Tips Mendidik Anak Lelaki

Mendidik Anak LelakiAnak merupakan satu kurniaan terbesar daripada Allah SWT. Kita seharusnya berasa bersyukur jika dikurniakan anak kerana tidak semua insan di dunia ini yang mempunyai anak. Baik anak lelaki, mahupun perempuan kedua-duanya tetap sama. Tetapi kita perlu tahu bahawa mendidik mereka memerlukan satu pendekatan konsep yang berbeza. Anak lelaki  tidak boleh dididik seperti mana kita mendidik anak perempuan. Mengapa?

#1 Mengajar mengenal Islam

Sebagai ibu bapa, didiklah anak dengan asas agama yang cukup. Jelaskan kepada mereka bahawa Allah itu wujud. Namun pada awalnya, mereka tidak akan memahami. Tetapi mulakan didikan dengan membawa anak bersolat berjemaah di surau ataupun masjid. Kerapkan diri juga membawa anak ke majlis-majlis ilmu supaya dirinya terdedah dengan suasana Islam. Selain itu, melatih anak lelaki ini supaya mereka boleh menjadi imam solat.

Mereka masih lagi berada dalam alam mengenal kehidupan. Maka tampilkanlah sikap yang baik di lebih-lebih lagi, jangan bertengkar, memarahi pasangan di hadapan anak-anak.

#2 Aktiviti lasak

Jangan didik anak lelaki dengan kelembutan, tetapi didiklah mereka dengan kekerasan. Maksud kelembutan dan kekerasan di sini adalah mendedahkan kepada anak  tentang aktiviti-aktiviti lasak sesuai dengan fitrah seorang lelaki. Biarkan mereka memotong rumput, mengangkat kayu, kerusi dan sebagainya. Setidak-tidaknya, ia boleh membantu bapanya di luar rumah nanti.

#3 Kemahiran diri

Sebelum berkahwin pun kita digalakkan untuk mempelajari tentang selok belok kemahiran diri antaranya seperti kemahiran menukar lampu, membaiki paip, membaiki kereta dan sebagainya. Biarlah ada sedikit kemahiran dan ini penting bagi mendedahkan kepada anak kita kelak. Sekurang-kurangnya pendedahan awal ini akan memberikan mereka satu ilmu yang baru.

Kata orang, bapa borek anak rintik. Ini memang terjadi. Sebagai contoh, jika bapanya seorang mekanik kereta, jangan hairan jika anaknya berumur 10 tahun boleh membaiki kereta. Seperti mana yang dipaparkan di Sinar Harian sebelum ini, seorang bapa merupakan kontraktor yang bekerja menggunakan jentolak. Apa yang menarik, anaknya yang berumur dua tahun turut berkemahiran mengendalikan jentolak tersebut. Itu sesuatu yang luar biasa sebenarnya.

#4 Alat permainan

Jangan halang anak untuk memiliki alat permainan. Ini kerana ia merupan satu fitrah di mana kanak-kanak sangat suka kepada alat permainan. Tetapi jangan sesekali kita membelikan permainan perempuan untuk anak lelaki seperti anak patung, permainan alat memasak dan sebagainya. Pemberian alat permainan seperti ini seolah-olah mahu membentuk anak kita menjadi seorang perempuan kerana lelaki perlu lasak berbanding perempuan.

1 comment… add one
  • mama arif October 8, 2014, 11:45 am

    terima kasih atas perkongsian di atas. mendidik anak lelaki memang penuh cabaran, tidak kurang juga dengan anak perempuan, apapun anak2 adalah ujian n amanah dari Allah s.w.t…terima kasih sekali lagi.

Cancel reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.