≡ Menu

Cegah Asid

Asidosis adalah keasidan dalam badan yang berlebihan. Ini bukanlah satu perkara yang kecil. Kebiasaannya paras pH tubuh yang sihat adalah antara 7.3-7.45. Sekiranya paras pH tubuh lebih rendah daripada itu, ini bermakna terdapat sisa asid yang memudaratkan terkandung dalam badan.

Berikut merupakan kesan buruk asidosis:

1. Bakteria sihat dalam usus mati.

2. Sistem imunisasi badan mulai rosak.

3. Menyumbang kepada tumbesaran ketumbuhan atau kanser.

4. Bekalan darah ke organ-organ dan tisu badan berkurangan.

5. Tekana terhadap buah pinggang bertambah, mengundang kepada kerosakan buah pinggang.

6. Paras oksigen dalam darah menurun.

7. Mengalami kesukaran menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

 

Selain itu, terdapat juga kesan-kesan yang boleh dilihat secara fizikal :

1. Lemah atau tidak bermaya.

2. Suhu badan sering rendah.

3. Kerap mendapat jangkitan.

4. Resah gelisah dan depresi.

5. Sakit kepala yang kerap.

6. Mata berair,

7. Ulser mulut.

8. Kuku dan rambut yang rapuh.

9. Kulit kering.

10. Tubuh mudah kejang.

11. Kegatalan atau iritasi di kawasan-kawasan mudah berpeluh.

 

Faktor utama penghasilan asid berlebihan adalah pemakanan. Ia boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan seperti dibawah:

1. Makan makanan serat tinggi.

2. Guna minyak zaitun ( ‘cold-pressed’), bukan mentega mahupun minyak sayuran lain.

3. Ambil sekurang-kurangnya 500mg vitamin C. Ia membantu mengurangkan asid urik dalam tempih satu ke dua bulan.

4. Elakkan daripada memakan pastri kek, biskut, dan apa-apa yang bergula.

5. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian.

6. Minum air kosong dengan kerap dan elakkan alkohol.

7. Kurangkan karbohidrat ‘halus’ seperti tepung putih dan banyakkan karbohidrat kompleks seperti bijirin serat penuh.

8. Elakkan juga makanan siap proses dan sejuk beku.

Faktor kedua adalah tabiat. Mereka yang gemar merokok serta sering meletakkan diri dalam tekanan juga akan menghasilkan lebihan yang asid memudaratkan dalam badan. Hal ini boleh dielakkan dengan mengurangkan tabiat merokok dan sentiasa berfikiran positif.

 

Incoming search terms:

asid verlebihan
1 comment… add one

Leave a Comment