≡ Menu

Cara Menguruskan Kewangan Rumah Tangga

Tips Menguruskan KewanganEmpat Tip Pengurusan Kewangan Rumah Tangga

Baik sebelum mahupun selepas berkahwin, masalah kewangan sememangnya akan sentiasa berlegar-legar di minda kita. Jangan terkejut, biarpun ada individu yang bergaji besar mereka pun turut tidak lari dari menghadapi masalah kewangan. Bagi lelaki, golongan ini lebih banyak menggalas tanggungjawab kerana nafkah terletak di bahu mereka.

Tetapi masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan rumah tangga.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, adalah lebih baik kita memahami dan mendalami tentang mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Jika konsep ini dapat difahami, adalah lebih mudah kita untuk mengikuti tip-tip yang diberikan di bawah ini.

#1 Pendapatan tetap dan tambahan

Pada zaman sekarang, memang ramai isteri yang dilihat keluar bekerja. Ini adalah sebahagian kehendak hidup yang perlu dilakukan demi membantu suami meringkan bebanan kewangan keluarga. Tidak dinafikan, harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup.

Apa yang boleh suami lakukan? Cuba mempelajari selok belok perniagaan dan memasarkannya di internet. Dunia perniagaan di internet antara lubuk yang dianggap lumayan.

#2 Agihan duit pendapatan

Sekiranya kita sudah menerima duit gaji daripada majikan, sila segera mengagihkan duit tersebut untuk bayaran-bayaran tertentu. Jangan sesekali kita gunakan duit selagi kita belum memperuntukan bayaran seperti ansuran rumah, bil utiliti, ansuran kereta dan sebagainya. Jika tidak, kita akan rasa terbeban untuk membayar dikemudian hari.

#3 Berjimat dalam berbelanja

Jika kita merancang untuk berbelanja di pasar raya, adalah lebih baik menulis dahulu senarai barang yang mahu dibeli. Setidak-tidaknya, kita dapat mengatasi masalah lebihan belanja. Tambahan pula, dengan adanya senarai barang ini, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan nafsu kita daripada membeli barang yang tidak perlu.

Selain itu, kita juga boleh melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasar raya. Biarpun terdapat perbezaan harga RM1-RM2 bagi setiap barang, itu sudah cukup memberikan banyak penjimatan. Bayangkan jika kita dapat berjimat, lebihan wang tadi boleh disimpan.

#4 Menabung

Mungkin ada yang berpendapat, menabung pada zaman sekarang merugikan berbanding melakukan pelaburan. Ini kerana pelaburan yang semakin popular pada zaman sekarang adalah menyimpan emas. Memang tidak dinafikan, pelaburan seperti emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang.
Namun begitu, menabung juga boleh dimulakan pada skala kecil. Sama ada RM100, RM200 sebulan itu sudah memadai bergantung kepada pendapatan sesebuah keluarga itu. Amalan menabung ini sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dikemudian hari. Kita hanya merancang dan hanya Allah SWT sahaja yang menentukan.

Incoming search terms:

cara menguruskan kewangan keluarga,pengurusan kewangan keluarga,cara mengurus kewangan keluarga,cara merancang kewangan keluarga,perancangan kewangan keluarga,merancang kewangan keluarga,tips pengurusan kewangan keluarga,cara urus kewangan keluarga,cara mengatur ekonomi keluarga,pengurusan kewangan dalam rumah tangga,cara pasangan suami isteri jana kewangan,cara menguruskan kewangan rumahtangga,strategi merancang gaji,tips mengurus kewangan rumahtangga
2 comments… add one
  • titan June 8, 2013, 7:22 pm

    betul. kenapa pandai menabung. GUa setuju.

  • kartikel June 12, 2013, 12:33 am

    info menarik

Leave a Comment