≡ Menu

Persediaan Sebelum BerkahwinMelangkah ke alam perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Persediaan demi persediaan perlu dilakukan agar tiada sebarang masalah timbul di hari kemudian. Persediaan ini bukan sahaja menjurus kepada aspek perkahwinan sahaja, tetapi ia bermula daripada dalam diri kita sendiri.

#Tips 1 Mendalami Ilmu Agama

Baik lelaki mahupun perempuan kita perlu bersiap sedia dengan ilmu pendidikan agama. Antara yang perlu dititikberatkan adalah tentang rukun islam. Bagaimana dengan solat kita dengan sebagainya. Sebagai suami isteri juga, kita perlu tahu tentang hal-hal yang biasa dalam perkahwinan seperti darah haid, mandi wajib, dan sebagainya. Selain itu, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan tahu apakah matlamat sebenar kita mahu berkahwin.

# Tips 2 Menjaga Hubungan Dengan Bukan Mahram

Sudah seperti menjadi kebiasaan, pasangan yang belum lagi disahkan suami isteri akan dilihat sering keluar bersama-sama tanpa ada sebarang mahram. Hal ini sebenarnya merencatkan proses keberkatan dalam perkahwinan. Keluar tanpa sebarang tujuan boleh mengundang fitnah dan boleh menjerumuskan ke arah dosa zina. Pertunangan bukanlah satu tiket untuk kita berdua-duaan. Oleh itu, jagalah hubungan dengan bakal pasangan kita.

#Tips 3 Checklist Keperluan Proses Perkahwinan

Kita perlu memastikan bahawa segala proses perkahwinan berjalan dengan lancar. Bermula dari kursus kahwin, mengisi surat permohonan kebenaran nikah, ujian HIV sehinggalah selesainya majlis kenduri kesyukuran. Jangan memandang remeh dalam soal ini kerana terdapat kes pasangan lambat membuat permohonan nikah. Ia sedikit sebanyak mengundang masalah terutama dalam mendapatkan jurunikah pada saat-saat akhir.

#Tips 4 Kewangan Yang Stabil

Islam tidak meletakkan kewangan sebagai syarat utama dalam perkahwinan. Namun begitu, sebagai seorang suami mereka perlu bersiap sedia terutama dalam memberikan nafkah kepada isteri. Memberikan pakaian, makanan serta tempat berteduh buat isteri. Mungkin ia sedikit berbeza jika seseorang itu berkahwin ketika belajar. Konsep yang digunapakai adalah tinggal berasingan buat sementara waktu dan masing-masing menumpukan pelajaran sehinggalah ia selesai. Jadi soal kewangan tidak menjadi perbincangan utama sekiranya ibu bapa kedua-dua pasangan bersetuju dan memahami di antara satu sama lain.

#Tips 5 Utamakan Keperluan Daripada Kehendak

Tidak hairan jika pembaziran itu boleh berlaku di mana-mana sahaja terutama dalam menguruskan majlis perkahwinan. Jika kita mahu lihat pasangan itu bersanding dengan pakaian mahal, kita juga mahu turut sama. Jika kita lihat majlis mereka meriah dan gah, kita pun mahu seperti mereka. Ukur baju pada badan sendiri. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membelanjakan wang dengan perkara yang dianggap membazir. Elakkan dari terikut-terikut dengan cara orang lain. Benar, perkahwinan hanya sekali. Tetapi mahukah  kita menanggung kos tinggi semata-mata memenuhi citarasa sendiri? Utamakan pada yang utama.

Incoming search terms:

persediaan sebelum berkahwin,persediaan sebelum perkahwinan,persediaan sebelum kahwin,persediaan alam perkahwinan,persediaan menjadi isteri,persediaan kahwin,persediaan ke alam perkahwinan,persiapan perkahwinan,alam perkahwinan dalam islam,persediaan sebelum kahwin dalam islam,persiapan sebelum menikah,persediaan perkahwinan,persiapan nikah,persediaan perkahwinan dalam islam,persediaan sebelum nikah,persiapan sebelum kahwin,petua sebelum kahwin,persediaan nikah,ilmu perkahwinan,tip sebelum berkahwin,tips sebelum kahwin,cara berkahwin,TIPS SEBELUM BERKAHWIN,alam perkahwinan
1 comment… add one
  • Sofea July 10, 2015, 3:01 am

    Ilmu yang berguna untuk bakal pengantin macam saya. Terima kasih 🙂

Leave a Comment