invisible hit counter
≡ Menu

Cabaran Dan Ujian Dalam Perkahwinan

ujian suami isteriCabaran Dan Ujian Dalam Perkahwinan

Kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Cabaran dan ujian dalam rumah tangga merupakan satu dugaan yang perlu dihadapi dengan sebaik mungkin.  Jangan anggap ujian itu satu bebanan, tetapi apa yang nyata cabaran itu satu dugaan. Sebagai seorang suami mahupun isteri hendaklah bersama-sama menempuhinya dengan apa jua rintangan yang mendatang. Jangan biarkan ujian itu melemahkan hati kita, merapuhkan jiwa kita, tetapi cekalkan diri bersama-sama. Rumah tangga boleh musnah jika salah seorang daripada pasangan gagal mempertahankannya. Antaranya :

#1 Masalah Cemburu Buta

Cemburu itu adalah satu perkara yang normal malah kedua-dua pasangan mempunyai rasa tersebut. Tetapi perasaan itu lebih cencerung ke arah wanita yang bergelar isteri.  Sebagai contoh, situasi di pejabat. Jika suami dan isteri itu sepejabat, rasanya tidak ada masalah. Tetapi jika berlainan tempat, mungkin ada satu perkara yang perlu diambil kira.

Rehat makan tengahari bersama rakan-rakan sepejabat itu sudah menjadi kebiasaan. Tetapi berhati-hatilah jangan sampai suami mahupun isteri makan berdua-duaan bersama rakan sepejabat. Biarpun tidak menyimpan sebarang perasaan, tetapi situasi itu nyata boleh menimbulkan keraguan dan cerita-cerita kurang enak yang memungkinkan pasangan akan berasa cemburu.

#2 Masalah Ekonomi Rumah Tangga

Antara kajian yang dilakukan, penceraian suami isteri banyak berlaku adalah disebabkan masalah ekonomi rumah tangga. Isu masalah kewangan yang membabitkan suami tidak memberikan nafkah, lari tanggungjawab, berhutang dan sebagainya. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, adalah lebih baik kita melihat struktur ekonomi keluarga kita dahulu. Tanya diri kita, sejauh manakah kemampuan kita terutama suami dalam membelanjakan hartan.

Masalah kewangan tidak akan timbul sekiranya keperluan lebih diutamakan berbanding kehendak. Utamakanlah perkara keperluan dahulu. Sebagai contoh, kita berasa cemburu melihat jiran memasang siaran Astro. Jadi, perasaan itu menyebabkan suami terpaksa mengeluarkan wang setiap bulan bagi membiayai yuran langganan tersebut. Itu yang dinamakan kehendak.

#3 Masalah Orang Ketiga

Ini antara perkara yang memang benar-benar dianggap masalah. Masalah orang ketiga antara punca terbesar dalam penceraian. Jika kita sudah mengetahui bahawa lelaki ataupun wanita itu sudah berkahwin janganlah kita memasang niat untuk cuba mendekati mereka. Niat untuk merampas suami atau isteri orang merupakan satu dosa kerana ia secara tidak langsung boleh memutuskan hubungan yang sudah terjalin.

Bukan itu sahaja, baik suami ataupun isteri janganlah mencuba-mencuba untuk bermain kayu tiga. Itu akan mengundang masalah kelak terutama dalam soal maruah keluarga. Apakah perasaan keluarga kita jika kita sendiri yang merosakkan rumah tangga itu?

#Kesimpulan

Sebagai seorang manusia kita memang tidak lari dari diuji oleh Allah SWT. Namun, apa yang harus kita lakukan adalah percaya bahawa ujian itu merupakan satu hikmah yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.  Ingatlah, perkahwinan merupakan satu medan yang perlu ditempuhi dengan  sabar beserta doa.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.