invisible hit counter
≡ Menu

Kandungan Nutrisi Royal Jelly

Kandungann Nutrisi Royal Jelly

Royal Jelly boleh dikatakan sumber pemakanan yang lengkap sekiranya kita melihat nutrisi-nutrisi yang terkandung dalamnya. Antara yang dikesan adalah:

Acetyl choline – bahan yang menguatkan hati dan pundi hempedu. Acetyl choline hanya boleh didapati dalam dua sumber di dunia – Otak manusia dan susu lebah.Ia melambatkan proses kematian sel-sel otak serta menjaga saraf-saraf utama tubuh.

Vitamin A –  vitamin penting untuk mencegah selsema, mengelakkan kemandulan, resdung, paru-paru berair, pekak, dan kesihatan mata.

Vitamin B1 – berkesan dalam merawat keletihan, mengantuk, kejang otot, masalah sukar tidur dan masalah saraf.

Vitamin B2 – berkesan untuk pembentukan kulit, mengelak kudis, penyakit gusi, kornea menjadi kabur.

Vitamin B3 – membantu tindak balas karbohidrat dalam membina hormon juga untuk mengelak penyakit jantung dan penyakit otak, mengelak cirit-birit dan gangguan fikiran.

Vitamin B5 – membantu membentuk imuniti system / menguatkan untuk mengubati alahan. Mengurangkan ketegangan, mengelak uban.

Vitamin B6–  membantu tindak balas kimia dalam tubuh, penting untuk otak berfungsi dengan baik, membina sel darah, mengurangkan penyakit sengal sendi (arthritis), sakit kepala, mengawal rasa loya, mengurangkan gugup, mengawal gigi, menurunkan kolestrol dalam darah dan menjana system saraf yang baik.

Vitamin B12 – pembentukan darah merah, membina ginetik dan berfungsi untuk perjalanan system saraf.

Vitamin C – mengekalkan tindak balas kapilari, menjaga kekuatan tulang/gigi, mengawal vitamin lain dari proses pengoksidan. Untuk kulit yang sihat, cepat menyembuhkan luka. , menyembuhkan demam dan selsema, mengawal kolestrol dalam darah, mengelak serangan jantung dan mengelak penyakit mulut dan gusi.

Vitamin D –  untuk menguatkan tulang dan gigi serta penyerapan kalsium dan fosforus. Mengawal penyakit sengal sendi.

Vitamin E – bertindak sebagai anti oksidan. Baik untuk sistem saraf, organ pernafasan atau kekenduran pada kulit. Mengawal tisu dan pembentukan sel darah merah. Mengelakan sakit jantung, barah, darah tinggi, dan penyakit sengal sendi. Membantu dalam proses sistem pembiakan (meningkatkan kualiti air mani lelaki/telur perempuan) paling penting untuk orang mandul. (Infertility)

Karbohidrat – gula dan lemak (memberi tenaga).

Kollagen – bahan yang membantu mengekalkan keanjalan tisu-tisu otot. Baik untuk wanita selepas bersalin (membantu merawat/ memulihkan luka-luka dalam)

Protein – kesemua jenis asid amino yang diperlukan oleh badan lebih kurang 30 jenis.

  • Dua pertiga daripadanya adalah albumin
  • Satu pertiga adalah globulin – protein yang sama boleh dijumpai dalam darah manusia.

Antara jenis asid amino ialah:

  • Methionin: untuk menguatkan hati
  • Glutamic asid: Memberi tenaga kepada otak
  • Asid amio Y (gamma): merangsang cerebral otak, juga amat berkesan untuk merawat pengakit urat saraf, sawan, serta keresahan.

Agineni – bahan yang bertindak menghapuskan lemak pada badan dan menghalang pertumbuhan lemak baru.

Selain daripada kepelbagaian vitamin yang terkandung, susu lebah asli juga mengandungi hormon-hormon penting untuk tubuh kita. Antaranya adalah:

Insulin: hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Ia amat berfaedah dalam mengawal paras gula dalam darah ( berita baik untuk penghidap diabetes)

Parotin: hormon yang memperlahankan proses penuaan (awet muda)

Cortin:  hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar yang suprarenal

(kelenjar yang terletak diatas buah pinggang)  yang bertugas meningkatkan  kualiti dan kuantiti air mani atau penghasilan telur

Adrenaline: hormon yang membantu mengawal perasaan dan emosi.

Hydroxide Decenolic Acid :  sejenis bahan yang hanya boleh didapati dalam susu lebah asli, ia merupakan sejenis lemak penting dan berfungsi merencat atau membantutkan pertumbuhan barah

Gamma globin: sejenis bahan yang membantu badan  menentang penyakit.

Mineral: Susu lebah mengandungi lebih 11 jenis, antaranya ialah kalsium, magnesium, zink, kalium, zat besi, mangan, kobalt, kuprum dan lain-lain lagi.

Enzim:  membantu memecahkan protein yang tidak hadam, sisa-sisa sel & bahan-bahan toksid dalam badan. Antaranya ialah amylase( memecahkan karbohidrat kepada gula ringkas), lipase ( memecahkan lemak kepada asid), protase dan broomelain ( memecahkan protein kepada asid amino)

Terdapat banyak lagi unsur-unsur penting dalam kandungan susu lebah yang belum dapat dirungkai para saintis. Namun begitu, khasiatnya tidak dapat disangkal dan akan dikaji secara terus-menerus.

Tambahan itu, unsur-unsur yang tidak dikenalpasti ini juga merupakan punca utama ia tidak boleh ditiru di mana-mana makmal. Maka dengan itu susu lebah hanya boleh didapati dengan yang asli sahaja.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.