Ramai orang yang nak kurus. Kalau kita scroll di facebook bermacam-macam cara diet dan resepi-resepi diet sihat di kongsikan oleh netizen yang telah berjaya turunkan berat badan. Tapi perasan tak, ada di kalangan orang yang berjaya kurus mengalami kesan kulit menggeleber atau di panggil ‘flabby skin’. Kenapa ini terjadi? Bagaimana cara terbaik untuk turunkan berat badan tanpa meninggalkan kesan menggeleber atau selulit ini?
Kenapa Terjadinya Kulit Menggeleber Selepas Kurus?
Tahukah anda sangat mudah untuk kita menurunkan berat badan tetapi bukan mudah untuk kita mengekalkan bentuk badan yang cantik. Dengan hanya berdiet dan senaman sudah cukup untuk membuat berat badan kita turun.
Malangnya, bukan hanya lemak sahaja yang hilang, malah kita juga akan kehilangan otot. Apabila kita berdiet, secara tidak langsung kita akan menghadkan jumlah kalori yang di ambil. Situasi ini menyebabkan badan kita kekurangan sumber untuk menghasilkan tenaga.
Maka, badan kita akan mencari sumber tenaga lain iaitu tisu otot. Tisu otot di ibaratkan seperti minyak kepada badan kita apabila badan kekurangan kalori untuk menghasilkan tenaga.
Apabila keadaan ini berterusan ia akan menyebabkan kita kehilangan tisu otot dan akhirnya terjadilah kulit menggeleber atau ‘Flabby Skin’.
Contoh ‘flabby skin’ di bawah lengan
Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Meninggalkan Kesan Menggeleber Bila Kurus
Antara tips yang boleh di amalkan untuk memastikan diet kita betul-betul jadi dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan kesan yang tidak di ingini seperti kulit meggeleber ialah:
1) Katakan tidak kepada rokok. Terlalu banyak sebab untuk tidak merokok. selain dari membahayakan kesihatan, merokok juga menyebabkan kerosakkan kepada kulit kita. Ia menjadikan kulit kita kelihatan lebih berusia dari usia sebenar.
2) Ambil protein secukupnya. Perasan atau tidak, setiap kali nutritionist ataupon dietitian bercakap tentang diet, mereka akan tekankan tentang pengambilan protein. Ini menunjukkan bertapa pentingnya protein dalam diet kita seharian. Pengambilan protein yang cukup menjadikan:
- membina lebih banyak otot dan menjadi lebih kuat
- kehilangan lebih banyak lemak dan kurang otot
- berasa lebih kenyang
- mengekalkan lebih banyak otot mengikut usia sebenar
3) Makan buah-buhan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita semua sedia maklum, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber nutrisi yang baik. Melaluinya, badan kita akan mendapat zat dan garam mineral yang di perlukan oleh tubuh seperti zat besi, vitamin A, B, C, D, E dan K serta banyak lagi. Oleh itu jangan sekali-kali ‘skip’ kedua-duanya.
4) Amalkan supplement yang mengandungi gelatin dan minyak ikan. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pengambilan supplement tetapi percayakah anda supplement dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. ia juga membantu mengekalkan keanjalan kulit agar tidak menggeleber.
5) Bersenam. Bersenam sememangnya wajib bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bersenam dapat membantu pembakaran lemak dan mempercepatkan penurunan berat badan. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Berzumba sendiri di rumah juga sangat membantu!