invisible hit counter
≡ Menu

Apa itu Double Stem Cell ?

Double Stem Cell Murah

Mula-mula, kita harus mengetahui: Apakah itu sel stem?

Pada tahun 1960-an, sebuah kajian oleh seorang saintis Kanada bernama Ennis James Locke dan MoCo Sandeal dilaksanakan berkaitan sel stem.

Sel stem ini boleh didapati daripada tali pusat bayi yang baru dilahirkan. Selain itu, ia juga boleh didapati dari sel organ dan sel sum sum tulang.Nilai genetik khasiat dalam tali pusat bayi sangat bernilai, tetapi unutuk bayi dan keluarganya sahaja. Lalu, alternatif lain adalah mengambil sel stem daripada sel haiwan seperti kambing dan cicak.

Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak selesa dengan penggunaan sel-sel stem dari sumber-sumber tersebut, malahan terdapat undang-undang yang melarang penggunaa sel stem embrio dalam industri makanan. Ditambah pula sesetengah diet pemakanan orang yang hanya makan sayur ( vegetarian atau vegan), juga sel stem daripada haiwan dan manusia dianggap agak kontroversi.

Oleh itu, para saintis bertungkus-lumus dan berjaya mencari alternatif terbaik, iaitu sel stem tumbuhan. Bukan sahaja berasal daripada sumber yang boleh dimakan semua, malahan tumbuhan yang dipilih bukan sebarangan tumbuhan.

Buah-buahan yang diekstrak sel stem mereka merupakan antara buah-buahan yang berkualiti tinggi dan sukar didapat, istimewa dan hanya boleh didapati di tempat-tempat tertentu. Hal ini kerana persekitaran tempat pertumbuhan buah-buahan tersebut juga berperanan penting dalam menghasilkan buah-buahan yang berkhasiat tinggi,

Double Stem Cell adalah hasil kombinasi sel-sel tumbuhan menggunakan teknologi Swiss tercanggih. Gabungan antara PhytoCellTecTM Malus Domestica (Sel Stem Epal), PhytocCellTecTM Solar Vitis (Sel Stem Anggur), disertakan sekali Acai Berry dan Blueberry yang membantu kesuburan kulit dari dalam membuahkan hasil yang amat ketara.

Double Stem Cell bertindak dengan mengaktifkan sel-sel pada seluruh badan agar ia sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti harian, dan boleh diambil untuk lelaki dan wanita.

 Mari kita baca akan kehebatan bahan-bahan yang digunakan untuk Double Stem Cell:

 1. PhytoCellTecTM Malus Domestica (Sel Stem Epal)

a) Sel punca/ induk daripada buah epal Swiss spesis Uttwiler Spatlauber.

Uttwiler Spatlauber adalah sejenis buah epal yang mampu bertahan berbulan-bulan berbanding epal lain serta mempunyai keupayaan menyembuhkan diri. Buahnya sendiri hampir pupus kerana rasanya yang masam dan kurang diminati.

Namun begitu sebuah pasukan saintis Mibelle Biochemistry berjaya membuktikan dengan tahap kepekatan o.1% cel ini dapat merangsang banyak sel stem manusia sehingga 80%.

2. PhytoCellTecTM Solar Vitis ( Sel Stem Anggur)

a) Sel punca daripada buah anggur daerah Burgundy, Perancis, iaitu Gamay Teinturier Freaux.

Gamay Tenturier Freaux mengandungi antioksidan yang tinggi dan menyingkir radikal bebas, menjadikan ia bahanyang sesuai untuk perlindungan UV pada kulit. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit serta merangsangkan pembaharuan sel secara berterusan.

3. Acai Berry

a) Buah yang berasal dari Amazon ini dinobatkan ‘Beri Kecantikan’ kerana ia padat dengan bahan yang boleh membuatkan badan kelihatan hebat luar dan dalam. Buah ini penuh dengan antosianin dan flavonoid, bahan-bahan yang menyediakan banyak antioksidan berbanding buah beri biasa.

Ia memiliki 5x antioksidan gingko dan 33x antioksidan wain merah.

b) Selain itu, Acai Berry juga penuh dengan omega fatty acid, amino acid,  mineral semula jadi, dan vitamin ( A, B1, dan E).

4. Blueberry

a) Sudah diketahui ramai bahawa buah beri biru penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Ia membantu dalam mengkumuhkan radikal bebas, menurangkan lemak, meningkatkan metabolisme, serta menggalakan paras insulin yang lebih baik Tambahan itu, ia juga diwar-warkan sebagai dapat membantu menghindari penyakit serta mencegah kanser.

Buah beri biru tinggi dengan vitamin C, vitamin yang membantu sistem imunisasi.

Disamping itu, ia juga mengandungi Vitamin A, Iron, Kalsium, Magnesium, Vitamin K, Vitamin E, Zink, Fosforus, Selenium, Flavonoid.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.