invisible hit counter
≡ Menu

Apakah Persiapan Yang Perlu Dilakukan Untuk Bertunang ?

Tahniah kepada pembaca yang bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Semoga anda tidak mengikat tali pertunangan lama-lama ya! Hee. Dan cepat-cepat mendirikan rumah tangga, yang wajib didahulukan. InsyaAllah.

Untuk pertunangan yang ‘simple’ bagi saya cukuplah hantaran sedikit sekadar memenuhi adat, cincin dan pakaian untuk dipakai pada hari indah itu. Tak perlulah pelamin-pelamin ini. Tapi, kalau ada ‘budjet’ lebih boleh sahaja.

Tetapi, tak boleh tau bergambar bersama dengan tunang berdua-duaan pada hari tersebut. Tetapi ingat, buatlah sekadar ala kadar sahaja, jangan sesekali ada niat untuk menunjuk-nunjuk. Rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan. InsyaAllah.

Pakaian perkahwinan

Bagi seorang wanita, memang naluri kita untuk kelihatan menarik dan cantik bukan? Lebih-lebih lagi di hari istimewa. Boleh untuk berhias tetapi biarlah ‘simple’ sahaja. Tak perlu mengupah jurumekap, berhiaslah sekadar yang patut. Pakaian yang dipakai perlu sopan dan menutup aurat. Tak perlu mahal-mahal. InsyaAllah.

Hantaran

Tentukan berapa kuantiti hantaran. Biasanya pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Sekadar alar kadar sahaja. Kalau boleh berbincanglah, buat jimat sahaja.

Cincin

Boleh beli sama-sama, mudah untuk kita sendiri mengukur jari kita, memilih citarasa kita. Tetapi, ingat, haruslah ada orang ketiga yang menemani okey? Mak ke, ayah ke, nenek ke, adik ke, abang ke, kakak ke, heee. Tapi kalau si dia nak ‘surprisekan’ kita pun boleh juga.

Photography

Ni saya rasa tak perlu kot. Tak perlu tempah photographer, cukuplah gambar-gambar dirakam oleh sanak keluarga saja. Biarlah hanya menjadi tatapan rahsia keluarga kita dan si dia. Tak perlu untuk ‘upload’ gambar-gambar pertunangan di facebook instagram dan sebagainya.

Okey, setakat ini saja ‘guide’ yang boleh saya berikan. Jika ada kekurangan dan kesilapan maafkan ya! Selamat bertunang!

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.