invisible hit counter
≡ Menu

Asid Dalam Badan Penyebab Gout

Makanan Penyebab Gout

Pembentukan asid urik yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan penyakit gout. Mendapan kristal asid urik di kawasan sendi tulang ataupun di dalam tulang sendi menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.

Apabila kepekatan asid di dalam badan sudah mencecah tahap tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk kristal asid di dalam sendi atau di bawah kulit menyebabkan masalah gout.

Peningkatan asid urik yang tidak seimbang samada pengeluarannya meningkat atau kegagalan fungsi renal untuk menyingkirkan asid urik yang berlebihan. Keabnormalan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang banyak dalam makanan, obesiti, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan kimia yang berasid.

Pemendapan asid urik yang berlebihan di dalam sendi menyebabkan pertumbuhan ‘trophi’ dan batu karang di renal. Asid urik yang terlalu banyak melebihi paras normal menyebabkan keadaan “hyperuricemia”. Risiko untuk mendapat penyakit gout adalah tinggi berbanding individu normal. Maka, langkah-langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Gout mula dikenalpasti lebih daripada ribuan tahun dahulu dan merupakan antara penyakit tertua di dunia. Penyakit juga dikenali sebagai penyakit orang kaya kerana penyakit ini seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Gout adalah sebahagian daripada artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik berpunca daripada pengumpulan asid urik di sendi terutamanya kaki dan menyebabkan kesakitan yang berpanjangan. Pemendapan asid urik dalam jangka masa yang lama akan membentuk hablur garam dan mencetuskan gout. Simptom yang paling ketara kelihatan ialah sendi-sendi di kaki ataupun tangan menjadi bengkak dan menular.Ubat Gout

Gout dibahagikan kepada empat peringkat iaitu tiada simptom, akut, interkritikal dan kronik. Kebanyakan kes akut berlaku secara cepat dan tiba-tiba dan selalunya menyerang bahagian tisu lembut di sendi. Pada peringkat kronik pula, serangan gout berlaku berulang-ulang kali dan dikenali sebagai polyarticular gout. Individu akan berasa kejang, sakit dan diikuti dengan perubahan bentuk kaki. Segelintir individu akan mengalami kaki yang bengkak kemerahan dan terasa pedih kepanasan.

Asid yang terkumpul di sendi boleh dilihat melalui benjolan kecil dikenali sebagai ‘trophi’. Peringkat yang lebih serius, ‘trophi’ akan akan menjadi besar kemudian pecah diikuti dengan bahan seperti kapur yang keluar melalui sendi tersebut. Selain itu, gout juga boleh berlaku di anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan juga bahagian leher. Serangan gout yang menyebabkan kesakitan akan berlarutan sehingga 10 hari mengikut keadaan individu.

Buat masa sekarang, masih tiada lagi ubatan yang spesifik untuk menyembuh penyakit gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti endometacin dan diclofenac. Tetapi, pengambilannya mungkin sepanjang hayat. Ubatan kimia lain juga dicadangkan untuk mengurangkan serangan mendadak.

Kesimpulannya, penyakit gout tidak boleh disembuhkan tetapi simptom dan kesakitan akibat penyakit ini mampu dikurangkan jika dirawat dengan betul. Tujuan merawat penyakit ini adalah untuk mengurangkan sakit sendi, menurunkan kekerapan serangan dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

1 comment… add one
  • bang riduan September 17, 2014, 12:54 pm

    asid itu apa ya? Hehehe saya tidak tau. Coba saya googling deh

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.