Madu susu lebah melalui sebuah proses yang khusus untuk menghasilkan susu lebah terbaik.
Permulaannya sama denga madu biasa, di mana lebah-lebah pekerja akan mengumpul nektar debunga di serata tempat dan kemudiannya diproses dalam perutnya lalu dikeluarkan sebagai susu lebah. Ia dihasilkan dari kelenjar hipofaringeal lebah-lebah pekerja.
Madu-madu biasa akan disimpan dalam petak-petak madu dalam sarang. Untuk telur-telur yang mungkin mengganti ratu lebah, para lebah pekerja akan menghasilkan petak khas berbentuk bulat ( dipanggil Petak Ratu) mengelilinginya dan diberi lebih madu susu lebah untuk pertumbesaran yang lebih baik. Hal ini kerana hanya ratu lebah yang mampu bertelur dan harus hidup lebih lama berbanding lebah-lebah biasa.
Malahan, perkara ini juga yang menjadi pencetus perubahan dalam telur, menjadikan lebah dalam telur tersebut dapat menghasilkan ovari justeru dapat melahirkan lebih banyak telur lebah. Ini bezanya ratu lebah dengan lebah pekerja betina yang mandul biasa.
Royal Jelly paling lazim diambil melalui petak-petak khas ( petak ratu) tersebut berbanding dengan lebah pekerja di mana mereka disuap secara terus, bukan dengan menghasilkan petak khas daripada susu lebah.
Pengumpulan Royal Jelly adalah amat sukar. Royal Jelly asli adalah berbentuk cecair dan akan menjadi rosak setelah 3 hari. Demikian itu, peniaga madu dan penternak lebah harus mencari ikhtiar dan cara penyimpanan sejuk dan konsisten agar nutrisi dalam susu lebah tidak hilang dan bertahan lebih lama.