Untuk ibu-ibu mengandung yang bakal melahirkan anak pastinya ia adalah saat-saat yang ditunggu oleh isteri dan suami. Ia adalah kenangan yang akan menjadi sejarah dan akan kekal dalam ingatan.
Oleh yang demikian, kesihatan ketika mengandung haruslah dijaga dengan baik. Berikut merupakan beberapa cara atau kaedah yang boleh dijadikan panduan agar dipermudahkan ketika melahirkan bayi adalah :
– Memohon maaf kepada suami – Minta maaf boleh mempermudahkan melahirkan anak. Suami juga harus memaafkan kesalahan isteri yang tercinta.
– Buah kurma – Kurma boleh memberikan tenaga kepada ibu yang mengandung.
– Pada minggu ke-7 dan hari-hari terdekat kelahiran, anda digalakkan untuk minum air kelapa yang bersih dan berkhasiat.
– Mengamalkan pengambilan makanan bendi untuk memudahkan proses bersalin.
– Membaca surah Yassin dan surah Maryam. Jadikan nya amalan pada setiap hari adalah lebih bagus.
– Berdoa kepada Allah S.W.T agar urusan sentiasa dipermudahkan
Selain daripada panduan tips di atas, terdapat beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh ibu hamil. Semua ibu hamil inginkan urusan dan proses kelahiran bayi dapat dilakukan dengan baik dan dipermudahkan. Antara perkara penting tersebut adalah mengetahui panduan meneran.
Proses ini sangat penting untuk memastikan ibu hamil dapat melahirkan anak dengan cara yang betul ketika melahirkan anak secara normal. Berikut merupakan 5 kaedah meneran untuk dikongsikan kepada ibu-ibu hamil :
1- Pernafasan: Ibu hamil hendaklah mengetahui akan kepentingan latihan pernafasan. Latihan pernafasan yang dilakukan secara berulang kali akan membantu ibu hamil untuk mengawal pernafasan semasa waktu meneran. Cara untuk melakukan latihan pernafasan adalah sangat mudah iaitu menarik nafas sepanjang mungkin dan cuba tahan nafas.
Tetapi, haruslah diingatkan untuk melakukannya mengikut kemampuan diri dan tahap kesihatan tubuh. Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk melakukannya. Ketika waktu meneran kelak, anda akan menarik nafas yang panjang dan meneran semampu yang boleh. Anda tidak boleh menghembuskan nafas atau mencuri nafas ketika meneran kerana ia akan menyebabkan anda letih dan kurang tenaga.
Oleh itu, tujuan latihan pernafasan adalah memudahkan anda meneran kelak. Jika anda mengalami masalah asma, lelah atau lain-lain anda hendaklah memberitahu doktor/jururawat.
2- Posisi badan: ibu hamil baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas dan dilipatkan sedikit kaki. Namun sila pastikan anda mendapat kebenaran untuk melakukan seperti cara sedemikian. Mengikut arahan dan doktor adalah lebih baik ketika meneran.
Ketika itu, jururawat akan membantu meninggikan bahagian kepala dahu untuk memudahkan ibu hamil meneran. Perkara penting yang perlu simpan dalam ingatan adalah memastikan posisi badan dalam keadaan betul iaitu kepala diangkat sehingga dagu mencecah bahagian dada. Selain itu, punggung juga harus berada tetap di tempatnya dan tidak terangkat ketika meneran.
3- Tenaga: apabila petanda bersalin sudah muncul dan kian hampir anda digalakkan untuk mengambil makanan dan minuman yang boleh memberikan anda tenaga. Jika anda masih boleh mandi, anda digalakkan untuk melakukannya untuk menjadikan diri lebih segar. Contohnya makan nasi, minum air milo atau susu yang boleh menyalurkan tenaga dalam tubuh. Ia bertujuan untuk memastikan anda mempunyai tenaga ketika detik meneran.
4- Memohon perlindungan diri: sebagai umat islam, kita haruslah tidak alpa dan lupa kepada Allah S.W.T untuk memohon pertolongan daripada Allah. Moga-moga dengan itu, urusan melahirkan bayi dapat dilakukan dengan baik tanpa menghadapi sebarang masalah.
Ibu hamil digalakkan mengamal ayat Qursi, surah 3 Qul, doa Nabi Yunos dan surah al-Insyirah. Semoga ketika itu, anda mempunyai semangat, tenang dan mempunyai hati yang tabah walaupun anda mungkin rasa sakit pada detik demikian.
5- Pohon kemaafan: Jangan lupa untuk memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah anda lukai secara sengaja atau tidak sengaja. Kadang-kadang kita sendiri sendiri tidak menyedari kita pernah berlaku salah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk memohon maaf kepada mereka terutamanya kepada orang yang selalu dekat dengan kita seperti suami, keluarga, ibu, ayah dan saudara mara agar urusan ketika melahirkan anak lebih mudah.
Sebelum lahirkan anak, anda boleh bincangkan rancangan anda untuk mengambil cuti dengan majikan dan memberi mereka notis bertulis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum anda merancang untuk memulakan cuti maternity.
…tak lupa juga telor ayam kampung sebagai pembekal tenaga ketika di bilik bersalin :=)