Psoriasis adalah satu keadaan kulit meradang yang sering berlaku yang dialami oleh 1% – 2% penduduk. Ia diakibatkan oleh pembiakan cepat sel-sel pada kulit yang rnenyebabkan penebalan kulit dan pengupingan. Kulit kelihatan berwarna merah kerana pertambahan bilangan saluran darah kecil yang rnembesar pada kulit.Psoriasis kelihatan sebagai tompok-tompok kulit berwarna merah yang diliputi oleh kuping-kuping yang rnengelupas. Mana-mana bahagian badan boleh mengalami. Antara bahagian anggota badan yang bias dijangkiti psoriasis ialah siku, lutut, belakang dan kulit kepala.
Psoriasis tidak boleh berjangkit. Ia tidak boleh merebak kepada 0rang lain. la tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah. Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran. Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psonasis berasal dan keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian.
Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes. Selain tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu. sebilangan jenis ubat-ubatan (seperti hormon steroid, sesetengah anti-hipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk. Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.
Kira- kira 5% pesakit-pesakit Psoriasis mendapat sakit sendi dan bengkak. Psorsasis akan menjejaskan kuku jari dan jari kaki, menyebabkan lubang kecil, perubahan warna dan penebalan kuku.
Psoriasis dialami oleh kedua-dua lelaki dan wanita pada perkadaran yang sama. Psoriasis biasanya bermula pada umur 20 tahun, tetapi mungkin juga berlaku sernasa kelahiran dan pada usia tua. Apabila Psoriasis bermula, akan terdapat tempoh peredaan yang bersilih ganti dengan ternpoh Psoriasis yang aktif. Sesiapa yang dijangkiti Psoriasis mestilah melazimi dengan ubatan berpanjangan. Ini kerana tiada ubat yang mampu rnenyembuhkannya. Pengambilan ubat hanyalah sekadar pengurangan atau pencegahan dari ia rnerebak ke tahap yang lebih kritikal.
Apakah Yang Boleh Kurangkan Psoriasis?1. Krim
Ini termasuk pelembap, tar, ditranol, kalsipotriol, steroid topikal. Kebanyakan orang yang mengalami Psoriasis akan menghidap penyakit yang tidak begitu teruk dan mendapat kelegaan yang banyak dengan penggunaan krim topikal.
2.Fototerapi
Psonasis bergerak balas kepada rawatan cahaya ultraungu (UV). Cahaya UV, sama ada UVB atau UVA telah didapati berkesan dalam menghilangkan Psoriasis jika digunakan dalam dos yang ditambah secara beransur-ansur menjelang tempoh beberapa bulan.
3. Ubat-ubatan
Ahli dermatologi anda mempreskripsikan pil-pil oral untuk Psoriasis yang teruk. Contoh pil-pil yang digunakan seperti metotreksat, asitretin, siklosporin dan sulphasalazin. Ubat-ubatan ini menyebabkan kesan-kesan sampingan dan pesakit- pesakit akan memerlukan ujian darah yang tetap untuk mengesan kesan-kesan sampingan.
LANGKAH PENJAGAAN1. Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
2. Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan.
3. Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh mernbuat Psoriasis lebih teruk.
4. Gunakan rawatan secara kerap.
5. Amalkan keadaan kulit yang Iembap kerana ini akan rnembantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
6. Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah. Namun, jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari rnenjadikan Psoriasis lebih teruk.
7. Tekanan perasaan boleh menjadikan Psoriasis lebih teruk. Belajarlah cara-cara rmenenangkan diri, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.