Memasuki gerbang perkahwinan dalam fasa ‘orang muda’ sering dipandang serong bagi sesetengah pihak. Bagi mereka, kahwin muda tidak digalakkan kerana masing-masing dianggap terlalu mentah dalam hal ini. Namun jika sudah suka sama suka dan mempunyai pendapatan ia tidak menjadi masalah. Samalah juga seperti kahwin ketika belajar. Apa membezakannya, kehidupannya agak terbatas kerana masing-masing perlu mencari pendapatan walaupun sedang belajar.
#1 Persediaan Fizikal & Mental
Ia seperti kita mahu mendaki gunung. Persediaan fizikal dan mental amat dititikberatkan. Jika kita bersedia dalam keadaan fizikal sahaja, tetapi tidak mental. Bagaimana kita mahu bijak mengawal emosi kita? Itu cabaran sebenarnya. Perbanyakkan bermuhasabah diri dan elakkan daripada kita selalu berhadapan dengan masalah tekanan perasaan.
#2 Tonjolkan Kematangan
Mengapa kita perlu tonjolkan kematangan? Ya, jika mahu berkahwin, sila hindarkan sifat kebudak-budakkan. Ia secara tidak langsung akan mencacatkan penampilan anda sebagai lelaki mahupun wanita yang tidak matang. Jika matang, ia akan menunjukkan bahawa kita bersedia untuk memimpin dan dipimpin dalam keluarga. Bayangkan jika kita tidak matang, bagaimana kita mahu membuat keputusan apabila sudah berkeluarga? Perlu usaha sendiri.
#3 Jaga Hubungan Dengan Allah
Ini yang paling penting sekali. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah. Lihat bagaimana ibadah kita kepada-Nya. Ingat, seorang suami wajib mendidik isteri dan anak-anaknya dengan didikan agama. Adakah sebagai seorang suami kita tidak berasa malu apabila melihat isteri atau anak-anak keluar tanpa menutup aurat dengan sempurna? Mahukah seorang lelaki itu digelar sebagai dayus? Inilah pentingnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT.
#4 Wujudkan Sumber Kewangan
Biarpun kita telah memilih untuk berkahwin awal. Syarat pada zaman sekarang, kewangan juga memainkan peranan utama. Belajar untuk mencari pendapatan sampingan. Walaupun ia kecil, sekurang-kuranya ia mampu mengurangkan beban pasangan kelak. Tidaklah kita selalu menyusahkan keluarga kerana pilihan ini. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Hasil duit tersebut boleh digunakan untuk menyara pasangan keluarga. Ia penting bagi menyakinkan keluarga bahawa kita mampu hidup berdikari.
#5 Matlamat Untuk Berkahwin
Kita harus bertanyakan pada diri kita. Mengapakah kita memilih mahu berkahwin awal. Mungkin rata-rata daripada orang disekeliling akan mengatakan kita memilih berkahwin awal adalah semata-mata kerana nafsu. Buktikan pada mereka bahawa kita berkahwin adalah atas dasar mahu memenuhi sebahagian tuntutan dalam Islam. Tidak ada mana-mana dalil yang menghalang untuk seseorang itu berkahwin awal apabila sudah akil baligh.
Mmm.. saya x boleh kata 100% setuju… tapi tahniah admin atas pos yang membuka mata saya.