Terdapat dua jenis madu yang dihasilkan oleh lebah madu. Salah satunya adalah madu yang disimpan dalam petak-petak khas dalam sarang mereka, madu lebah asli biasa yang mudah didapati. Yang kedua pula adalah susu lebah, juga dipanggil Royal Jelly. Ia dikenali sebagai susu lebah kerana rupanya yang agak keputih-putihan berbanding madu biasa.
Keistimewaan susu lebah ini adalah terletak kepada sebab ia dihasilkan. Lebah-lebah pekerja akan menghasilkan madu susu lebah istimewa keliling beberapa biji telur lebah. Hal ini kerana susu lebah tersebut dapat membantu dalam perkembangan telur menjadi antara ratu-ratu lebah yang baru. Antara punca lebah-lebah pekerja melakukan perkara tersebut adalah:
– Ratu lebah sedia ada mulai sakit atau lemah
– Koloni tidak memiliki ratu lebah
– Koloni berpindah sarang.
Susu lebah ini juga merupakan makanan semua telur lebah, namun lebah pekerja dan lebah jantan tidak akan dapat mengambilnya setelah menetas, manakala ratu lebah akan terus disediakan dan memakannya seumur hidup.
Berbanding dengan madu, susu lebah lebih sukar untuk dikumpulkan kerana sumbernya yang terhad. Namun begitu, khasiatnya lebih tinggi berbanding madu asli biasa. Ia merupakan antara makanan kesihatan yang dinyatakan dalam Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 , dalam al-Quran. Sebagai makanan yang memiliki seribu satu khasiat, ia mampu membantu dalam merawat dan mengawal banyak penyakit daripada yang kecil-kecilan kepada yang kronik. Elok untuk diamalkan tidak kisah sama ada kanak-kanak kecil, remaja, dewasa, dan telah lanjut usia.
Setakat ini hampir 34 jenis nutrisi yang dapat dikesan dalam kandungan susu lebah yang amat bernilai dalam penyerapan nutrisi badan serta membantu mengimbangi hormon tubuh. Terdapat juga beberapa unsur penting yang belum dapat dikenalpasti, menjadikan susu lebah suatu makanan asli yang unik dan tidak dapat ditiru dimana-mana makmal di dunia.